Pada tahun 1798 (1213H), umat Islam dikejutkan dengan penguasaan Perancis (yang disertai tentera dan pakar falsafah sains dan teknologi) di Mesir. Penguasaan ini menyebabkan para ulama di al-Azhar pada ketika itu memperkukuhkan semula ilmu-ilmu Islam yang diajar serta merespon isu-isu semasa dalam ilmu pengetahuan setelah muzakarah dengan ilmuwan Perancis.
Syeikhul Azhar Abdullah al-Syarqawi (w.1227/1812) dan Syeikh Abdul Rahman al-Jabarti (w.1241/1825) antara ulama’ yang segera melibatkan diri dalam menangani isu-isu ini. Manakala Hasan al-‘Attar (w. 1250H) menggunakan pendekatan alternatif yang menjunjung kesatuan dan kesepaduan ilmu. Pendekatan beliau, berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. “Aku diutuskan dengan bentuk ‘kata yang ringkas tetapi padat makna’ (jawami‘ kalim).”
Hadith ini menyifatkan makna wahyu itu padat dan luas bukan hanya memadai bidang ilmu tertentu sahaja. Ia sudah tentu melibatkan semua bidang ilmu Islam. Dengan kata yang tegas, kecenderungan kajian ilmu yang tidak bersepadu masih tidak menepati pengajian Islam tulen.
Bagi merealisasikan kesatuan dan kesepaduan ilmu, Syeikhul Azhar Hasan al-‘Attar turut menangani isu-isu semasa seperti terakam dalam kitabnya pada tahun beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar, Hasyiah ‘ala Jam‘ al-Jawami‘ (selesai tulis 1246H), menyebut bahawa buku-buku sarjana Eropah telah diterjemah ke bahasa Arab dan Turki dengan giat dan teliti. Pengetahuan baru ini telah disaring supaya sesuai dengan ruh ajaran Islam.
Seiring dengan perkembangan ini, Hasan al-‘Attar dan Hasan al-Quwaisni (kemudiannya juga menjadi Syeikhul Azhar pada 1250) berjaya membimbing seorang imam, Rifa‘ah Rafi‘ al-Tahtawi. Kemudian imam itu diminta mengetui rombongan keilmuan ke Perancis. Sepanjang pengajian mereka di Perancis, imam ini telah mengabadikan pengalamannya melalui bukunya yang terkenal iaitu Takhlis al-Ibriz. Kitab ini telah diberi kata aluan oleh gurunya, Hasan al-‘Attar.
Walau bagaimanapun, al-Tahtawi masih tidak terpesona dengan ilmu-ilmu diperolehnya di Perancis secara taqlid buta. Dalam karya-karyanya, jelas sekali beliau telah menyaring ilmu-ilmu tersebut supaya sesuai dengan ajaran Islam. Buktinya, bagi al-Tahtawi sendiri, bermazhab atau pemikiran ulama’ silam tidak dikritik jika bertaraf ijmak tetapi soal furu’ yang diperselisih di kalangan ulama masih boleh dibahas semula.
Keadaan ini agak berbeza dengan Sheikh Muhammad Abduh yang muncul kemudiannya dengan melaungkan reformasi yang menyeluruh kononnya atas kebebasan berfikir lalu mengakibatkan perpecahan umat. Kami meneliti buku-buku yang pro dan kontra, didapati perpecahan tersebut tidak mampu diubati. Sikap Muhammad Abduh itu sebenarnya memudahkan penjajahan Barat berlaku dengan cepat.
Selain berlaku di Mesir, di Semenanjung Tanah Arab juga berlaku satu konflik agama. Lebih mendukacitakan, di saat kelemahan umat, berlaku sesuatu yang dilarang Nabi Muhammad s.a.w. yakni peperangan sesama sendiri. Peperangan ini berlaku atas nama agama di Semenanjung Tanah Arab pada 1217/1803. Peperangan ini berpunca dari ketidaksetujuan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab terhadap umat Islam di Makkah dalam mengamalkan agama.
Sebenarnya, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab bersama rakan-rakannya turun gelanggang mendebatkan isu ini dengan para ulama’ Makkah kira-kira pada tahun 1146/1733. Tetapi, apabila berdebat jelas beliau bersama delegasi dikalahkan oleh ulama’ Makkah. Hal ini menunjukkan apa yang dikemukakan oleh beliau itu tidak mempunyai bukti, lalu para ulama Makkah menolak seruan beliau.
Inilah cerita sebenar yang jarang disentuh oleh mana-mana penulis apabila berbicara tentang Wahhabiyyah. Fakta ini bagaikan disembunyikan dari pengetahuan umum. Harus diingat, ulama’ yang ada di Makkah pada masa itu yang turut sama menolak seruan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab ialah juga gurunya.
Sifat buruk sangka dan ammarah ini masih tidak terpadam sekalipun beliau telah kalah dalam berhujah. Oleh sebab itu, pada 1157/1744, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab berusaha menggabungkan dirinya dengan tentera Muhammad b. Saud. Pada tahun 1159/1746, dengan dakwaan bahawa ramai umat Islam yang sesat, maka beliau mengisytiharkan jihad menyerang Makkah. Inilah doktrin dogma-politik yang diasaskan oleh beliau.
Namun, beliau tidak sempat menikmati kemenangan kerana beliau telah wafat pada 1180/1766. Hanya abad berikutnya, golongan Wahhabi berjaya menguasai Makkah pada 1217/1802. Pada 1220/1805, golongan ini berjaya menguasai Madinah pula. Lepas itu, Kerajaan Uthmaniyyah telah mengirim tentera di bawah pimpinan Muhammad Ali Basya ke Makkah. Dalam misi ini beliau berjaya membebaskan Makkah dan Madinah daripada genggaman doktrin dan politik Saudiyyah-Wahhabiyyah.
Dalam al-Rihlah al-Hijaziyyah, Muhammad Labib al-Batanuni menyatakan bahawa golongan Wahhabi merupakan puak pelampau yang melebihi had mazhab Hanbali sendiri. Kenyataan dalam buku ini disokong oleh Syeikhul Azhar Salim al-Bisyri (1867-1917).
Dalam Sejarah Sosial Keagamaan Tanah Suci, Dr. Badri Yatim ada memetik dari kitab ini tetapi jelas berbeza dengan teks asal. Petikan itu ternyata boleh mengelirukan pembaca. Dalam Jaringan Ulama, Prof. Azyumardi Azra mengkaji teks-teks berdasarkan kedua-dua belah pihak. Jelas, hasil kajian beliau mendapati cara dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab keras dan tidak seperti yang diajarkan oleh para gurunya yang memang merupakan nadi ilmu-ilmu Islam pada zamannya.
Gurunya, Muhammad Sulaiman al-Kurdi memang telah mengagak semasa Muhammad Abdul Wahhab menjadi muridnya lagi bahawa muridnya ini akan memecahbelahkan umat Islam. Sehubungan dengan ini juga, gerakan ini memang tidak menghormati pendapat dari kalangan ulama lain. Semasa gerakan Wahhabi ini muncul, ramai ulama mengkritik mereka, antaranya ialah ulama yang terkenal dalam mazhab Hanafi iaitu Ibnu Abidin (1198-1252). Dalam Radd al-Mukhtar, Ibnu Abidin mengatakan bahawa golongan Wahhabi ini sebagai penderhaka (bughah) kerana melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Uthmaniyyah. Kritik terhadap mereka dapat juga diketahui dalam tulisan Sheikh Abdul Wahhab b. Ahmad Barakat al-Shafii al-Azhari al-Tandatawi berjudul Kitab Rad’ al-Dalalah wa Qam’ Jahalah beserta dengan sokongan mufti dan ulama Makkah.
Ternyata tindakan golongan Wahhabi ini tidak menepati sunnah Rasulullah s.a.w. kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang berperang sesama sendiri. Para cendekiawan Islam kini memartabatkan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai mujaddid sedangkan tokoh hadith terkenal, al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Syamsul Haqq al-Azhimabadi dalam ‘Aun Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, yang agak pro-salafi sendiri tidak memartabatkan beliau sebagai mujaddid. Golongan Muhammad bin Abdul Wahhab sering abaikan fakta ini.
Peperangan yang berterusan ini melemahkan lagi pemerintahan Uthmaniyyah yang sudah sedia tenat akibat serangan negara-negara Barat yang cuba memecahbelahkan kesatuan umat Islam serta kebangkitan non-muslim dalam wilayah. Sepatutnya dalam hal ini, lebih baik orang-orang Wahhabi pada ketika itu menolong Uthmaniyyah dalam berdepan dengan negara kuffar yang jelas kuffar.
Bayangkan tatkala Uthmaniyyah sibuk berperang untuk mempertahankan wilayah Islam, golongan Wahhabi ambil kesempatan untuk menang mudah. Mereka mengatakan bahawa Uthmaniyyah tidak islamik pada masa itu kerana terpengaruh dengan pandangan Barat. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. berpesan, “taatilah pemimpin kamu sekalipun dia fajir (buruk perangai-fasiq)”. Barat memang hendak merosakkan nama baik umat Islam pada zaman itu sekaligus menjajah semua umat Islam. Memang jelas akhirnya, umat Islam dijajah secara keseluruhan.
Dua krisis ini sebenarnya berubah menjadi isu keagamaan di Mesir dan Hijaz. Kami menilainya dengan menggunakan konsep jawami’ kalim wahyu yakni memahami kekayaan makna dari ungkapan yang ringkas. Timbunan makna daripada wahyu yang ditulis oleh ulama yang mendahului mereka tidak wajar diketepikan oleh generasi kemudian. Kekayaan makna dalam sejarah pemikiran Islam akan membuatkan kita tawadu’ potensi kita sendiri serta tidak tergesa-gesa dalam pengkritikan.
Merujuk kepada isu yang berlaku di Mesir, adalah tidak salah bagi umat Islam mempelajari ilmu-ilmu orang non-muslim kerana yang elok dan baik tentu ada manfaatnya kepada kita. Al-Imam al-Syafii sendiri turut memahami ilmu-ilmu yang ditulis oleh Aristotle, Galen, dan ahli-ahli fikir Barat, ahli fikir India, dan Parsi. Dalam hal ini Imam Syafii turut berpesan kepada muridnya, “Belajarlah kamu walaupun di negeri China” (lihat al-Hafiz al-Baihaqi, Manaqib al-Syafiei).
Teladan yang ditunjukkan oleh Imam Syafii, bahawa warisan Yunani dan apa jua ilmu orang lain boleh dipelajari, yang baik perlu diterima diterima manakala yang salah perlu diketepikan. Inilah selalu diungkapkan oleh guru penulis, Tuan Guru Hj. Abdullah Lubok Tapah.
Maklumat mengenai Imam Syafii tidak dipaparkan oleh golongan yang kononnya mengakui “salafi” kini. Boleh dikatakan mereka ini menyembunyikan fakta sebenar. Sebaliknya, mereka memfatwakan bahawa haram atau bid’ah mempelajari falsafah atau mantiq. Padahal para ulama’ empat mazhab hanya menghukumkan sebagai salah apabila pengajian tersebut jika mereka mengabaikan ilmu-ilmu Islam yang lain.
Kita percaya mungkin Ibnu Salah menghukumkan bahawa ilmu Mantiq haram dipelajari kerana berlaku pada zamannya pengabaian terhadap ilmu-ilmu Islam lain. Atau, boleh jadi mereka mempelajari falsafah dan mantiq tanpa upaya penyaringan antara yang benar dan salah. Tentu tidak diterima akal bahawa Ibnu Salah tidak mengetahui apa yang disebut oleh Imam Syafii sedangkan beliau merupakan perawi mazhab Syafii.
Maklumat begini amat jarang diambil berat oleh penyelidik yang kononnya berpegang kepada salafi. Hakikatnya golongan itu tidak menjadikan isnad-isnad sebagai asas penyelidikan mereka. Padahal para ulama’ tiga kurun pertama 300 Hijrah, mementingkan isnad sebagai sebahagian daripada ilmu Islam.
Sebagai bukti, seorang tokoh terkenal dalam mazhab Hanbali iaitu Syeikh Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam Raudah al-Nazhir memasukkan mantiq dalam bahagian awal kitab tersebut. Pendekatannya menyerupai kitab al-Mustasfa karya Hujjatul Islam al-Ghazali. Tetapi, orang yang mengaku salafi seperti Ibnu Taymiyyah hanya mengkritik Hujjatul Islam al-Ghazali tanpa menyebutkan Ibnu Qudamah yang juga bermazhab seperti mereka. Jelas di sini, mereka tidak adil lalu menimbulkan kekeliruan.
Manakala di Hijaz, pihak Wahhabi-Saudi memaksa penduduk Makkah dan Madinah menerima pendapat mereka supaya dilaksanakan di kedua-dua tempat tersebut, sedangkan pendapat mereka telah dikalahkan secara perdebatan. Kedua-dua isu ini wajar dinilai menurut al-Qur’an, al-Hadith, Ijmak, dan Qiyas seperti yang dikemukakan oleh al-Imam al-Shafii dalam al-Risalahnya.
Orang ramai sering menyebut bahawa al-Qur’an dan al-Hadith mesti dirujuk, tetapi kita harus sedar bahawa kedua-duanya tidak akan wujud tanpa wujudnya manusia yang berakal. Manusia berakal inilah yang menentukan ijmak itu perlu bagi menetapkan kriteria yang dapat diterima umum.
Tanpa ijma', sesiapapun boleh mentafsir Islam sesuka hati seperti isu Amina Wadud. Begitu juga ‘Qiyas’ boleh dijadikan hujah sebagai sumber hukum Islam seperti lafaz niat solat diqiyaskan dari lafaz niat ibadah haji.
Kebenaran mesti ditinjau dari sudut keilmuan bukan dari sudut pentas politik atau apa yang bersifat sementara. Hal ini bermakna sesiapa yang mengatakan bahawa berlafaz niat sebagai bid’ah maka dia sendiri tidak memahami apa itu mazhab Syafii yang telah menjadikan qiyas sebagai sumber hukumnya. Maka jelas pengkritik tersebut bukanlah golongan salafi seperti yang didakwakan.
Oleh hal yang demikian kajian ilmu-ilmu Islam wajarlah dilakukan secara bersepadu. Ilmu yang dibina secara berkotak-kotak tidak wajar diteruskan kerana Islam itu menyeluruh sifatnya. Apabila didengari seruan supaya kembali kepada al-Qur’an dan al-Hadith haruslah diambil sikap berhati-hati. Adakah mereka betul-betul ikut kedua-duanya? Dan adakah pegangan kedua-duanya turut melibatkan ijmak dan qiyas?
Selain itu, untuk meyakini sesuatu itu wahyu atau tidak kita perlu melihat manusia yang menjadi perawi kepada wahyu tersebut. Jadi, wahyu itu mesti dipandu oleh mereka yang diakui autoriti ijma’ supaya tidak diselewengkan makna secara bebas dan tidak bersepadu. Inilah asas pencerahan tamadun Islam yang wajar dipegangi oleh umatnya.
Sunday, 2 September 2012
Subjek Sejarah berat, serius!
Malangnya, kepelbagaian kemudahan itu turut menjadikan mereka kurang peka terhadap tuntutan memartabatkan perjalanan sejarah hingga menganggapnya tidak penting.
Justeru, timbul tanggapan mereka dilabelkan sebagai generasi buta

sejarah hingga menimbulkan polemik dalam masyarakat yang tertanya-tanya apakah kemampuan golongan itu mengemudi negara kelak tanpa sikap patriotisme asli.
Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan mereka alpa? Masyarakatkah yang bersalah kerana lepas tangan atau proses pembangunan yang terlalu pantas menyebabkan golongan itu hanya mengejar keperluan material.
Pensyarah Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Ishak Saat berkata, generasi muda hari ini dikelilingi kesenangan dan kemudahan dan jarang didedahkan dengan kesusahan serta perjuangan masyarakat terdahulu.
Subjek Sejarah di sekolah yang hanya bersandarkan peperiksaan semata-mata juga menyumbang kepada kekurangan penghayatan sejarah di kalangan golongan muda.
“Fenomena ini menyebabkan semangat patriotisme boleh dipersoalkan, malah lebih menyedihkan mereka melihat sejarah dan mentafsirkannya berdasarkan pemahaman sendiri.
“Mereka membuat penafsiran sendiri dan enggan menjiwainya. Jadi, jangan menunding jari jika golongan berkenaan buta sejarah sebab mereka diajar
dengan pendekatan seperti itu,” katanya.
Isu generasi muda hari ini yang menganggap sejarah sebagai aspek picisan cukup membimbangkan, apatah lagi mereka juga gagal menunjukkan semangat patriotik mendalam terhadap negara seperti generasi terdahulu.
Keadaan ini menimbulkan polemik dan kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai kecenderungan masa depan generasi ini dalam mengemudi negara suatu hari nanti.
Beliau berkata, sejarah mesti diajar dengan prinsip supaya tidak dikuasai golongan tertentu semata-mata, sebaliknya perlu dikongsi bersama.
“Malangnya, hanya golongan tertentu saja mendominasi perjalanan serta cerita sejarah ini manakala selebihnya hanya diberi ‘sedikit’ saja pengetahuan mengenainya.
“Ini turut menjadikan minat yang sedikit semakin merudum. Dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya generasi muda andai kata mereka tidak minat kerana mekanisme digunakan bagi menarik minat mereka juga kurang tepat,” katanya.
Bagaimanapun, itu bukan alasan terus mengetepikan tanggungjawab untuk menarik minat generasi muda lebih peka terhadap perjalanan dan kepentingan sejarah.
“Jika tahu mereka jauh, apa salahnya kita menarik semula perhatian golongan itu dengan mekanisme tertentu.
“Jangan pisahkan mereka dengan sejarah kerana ini adalah kelangsungan dan kesinambungan perjalanan negara. Kalau bukan mereka yang meneruskannya siapa lagi,” katanya.
Ditanya adakah sukar ingin memupuk minat golongan terbabit terhadap sejarah, beliau berkata, ia tidak sukar kerana pandangan mereka lebih kritikal serta mempunyai kekuatan pandangan baru menerusi pelbagai sumber.
“Mereka boleh memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, jadi masyarakat perlu menggunakan peluang ini bagi mendekati golongan sasaran.
“Malangnya, apa dilakukan secara bermusim seperti hanya pada bulan kemerdekaan sedangkan penghayatan sejarah perlu sepanjang masa agar sentiasa mantap.
“Mekanisme digunakan tidak cukup, jadi tidak hairan mereka langsung tidak tertarik,” katanya.
Katanya, generasi dahulu lebih prihatin kerana sistem pendidikannya tidak terlalu berorentasikan peperiksaan.
“Malah, guru dulu sanggup berkorban demi meningkatkan semangat patriotik di kalangan pelajar.
“Bagaimanapun, cabaran dulu dan kini berbeza. Generasi dulu lebih fokus pada pembinaan jati diri tapi kini penghidupan lebih mencabar dengan pembangunan semakin rancak selain materialistik.
“Tapi, jiwa patriotisme juga mesti dititikberatkan. Kita tidak mahu melahirkan
generasi cerdik pandai tetapi buta sejarah negara sendiri,” katanya.
Mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah, Mohamad Husairi Hanafi mengakui, generasi muda kurang berminat pada sejarah kerana beranggapan ia aspek yang leceh, sukar dan tidak penting.
Menurutnya, faktor dibesarkan selepas zaman kemerdekaan serta hidup dikelilingi kemudahan juga menjadi penyebab mereka enggan ‘membebankan’ fikiran dengan fakta sejarah.
“Sejarah selalunya dianggap aspek berat, serius selain hanya untuk orang lama, sebab itu kurang mendapat tempat di hati generasi muda.
“Pemahaman kurang jelas juga menjadikan mereka tidak berminat, sekali gus bakal memberi kesan jangka panjang.
“Malah, saya mengakui golongan muda hari ini lebih suka pada kebebasan,” katanya.
Rakannya, Emy Nazira Embong berpendapat, kecenderungan generasi muda kepada aspek keseronokan mendorong mereka ‘mengabaikan’ kepentingan sejarah.
“Biarpun subjek itu diajar, mereka tidak mendalaminya secara serius. Pada mereka, buat apa (belajar) sedangkan negara sudah mencapai kemerdekaan.
“Tanggapan seperti itulah yang membuatkan mereka ambil mudah dan menganggap sejarah tidak penting, padahal sebuah bangsa berjaya kerana sejarahnya,” katanya.

Monday, 6 August 2012
MASALAH YANG TIMBUL TAMADUN ISLAM (DARI SEGI SAINS)
Mengapa umat Kristian mendakwa bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati bahawa Teknologi Sains dalam Al-Quran adalah ketinggalan??
Ini kerana maklumat-maklumat Sains yang terdapat dalam Al-Quran, seperti embriologi, airmani, penciptaan alam semesta sudah diketengahkan oleh Pakar-Pakar dunia sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw...menurut pihak yg membantah??
Bagaimanakah reaksi kita sebagai umat Islam dalam menghadapi keterangan sebegini, apakah maklumat atau kefahaman yang perlu umat Islam ambil tahu dan apa yang perlu kita sebagai umat memberi keterangan lanjut terhadap mereka??

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah.
Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, "Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."
Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta". Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

ANTARA BUKTI SUMBANGAN TAMADUN ISLAM( DARI SEGI BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI)
Geografi

Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun
Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut.
Peta ini dilukis berdasarkan peta yang sampai kepada kita serta buku yang mengandungi darjah longitud dan darjah latitud bagi peta tersebut.

Peta Dunia al-Idrisi
Peta ini dihasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi berdasarkan titah Raja Norman Roger II di Pulau Sicily di atas dulang perak yang besar.
Ia telah dipecahkan oleh tentera yang memberontak dua tahun selepas kemangkatan baginda dan mereka telah membahagi-bahagikan sesama mereka dulang tersebut.
Model ini dihasilkan berdasarkan kandungan kitab al-Idrisi iaitu peta-peta dan serpihan dulang tersebut menggunakan komputer.

Alat dengan sukuan pendua
INI merupakan salah satu alat biasa di Balai Cerap Maragha.
Ia untuk menentukan altitud dan azimut bintang.

Balai Cerap Samarkand
Ia diasaskan oleh Muhamad Taragay bin Shahrukh Ulugh Beg (lahir 796H/1394M, meninggal 853H/1449M) cucu Timur (Tamerlan).

Balai Cerap di Kota al-Rai
Ia diasaskan oleh Amir Fakhr al-Daulah bagi memenuhi hasrat ahli astronomi agung, Hamid ibn al-Khidir al-Khujandi.
Balai cerap ini terletak di al-Rai dan berfungsi menghitung altitud minit matahari terhadap peredaran tahun berdasarkan lengkung sekstan bulatan yang jejarinya mencapai 40 meter.
Hasil cerapan yang teliti boleh dibaca hingga ke saat dan bukan setakat minit semata-mata bagi memberikan penjelasan sama ada kecondongan bumi adalah tetap atau sebaliknya.
Al-Khujandi mencapai kesimpulan bahawa kecondongan bumi berkurangan melalui peredaran masa.

.
Astronomi

Planetarium Al-Sijzi
Salah seorang ahli astronomi Arab-Islam yang percaya bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri ialah Abu Said al-Sijzi (pertengahan kurun ke-10).
Model ini bertujuan memberikan penjelasan dan gambaran tentang konsep putaran bumi oleh beliau.

Kalendar Astronomi Mekanikal oleh al-Isfahani dari Tahun 1223M
Kalendar astronomi mekanikal al-biruni terus berkembang dengan beberapa kemajuan lagi dalam versi yang dibuat oleh Muhammad ibn Abi Bakr al-Isfahani pada tahun 618H./1221M.
Versi asal model ini dibuat oleh Eduard Farre (Bercelona) disimpan di Muzium "History of Science" di Oxford.

Jam Matahari Ibn al-Shatir
Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik.
Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari.
Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan.
Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik.

LAIN- LAIN

Astrolab Muzium Naval Istanbul
MERUPAKAN astrolab terbesar bagi era sebelum 1000H/1600M.
Ia masih terpelihara hingga hari ini dan disimpan di Muzium Naval, Istanbul.

Reka bentuk pam air ini berfungsi dengan enam omboh berbentuk seperti pam dan pertama kali diperincikan oleh cendekiawan dari pusat pengajian Taqi al-Din, Ottoman pada 1553. Ia digerakkan oleh kuasa air yang mana enam pam yang dibina bertindak mencedok dan menahan air. Konsep pam air ini digunakan sebagai alat pam hidraulik beberapa lama kemudiannya oleh orang Itali.
Model kincir angin yang ada ketika ini dibina berdasarkan lukisan dan penerangan kincir angin ini yang ditulis oleh ahli geografi, Shams ad-Din Muhammad al-Dimashqi pada kurun ke-13.
gambar di atas menunjukkan sebuah Jam Ayor yang boleh menunjukkan minit. Huraian untuk mengukur hitungan minit iaitu `ukuran jam dan waktunya� terdapat dalam buku al-Khazini yang ditulis pada tahun 1121 Masihi.
Timbangan air berkurangan yang keluar dari salah satu jam dikira sebagai ukuran bagi waktu yang berlalu. Hitungan ini dapat dibaca menerusi tuil neraca yang bertentangan

PENGENALAN SAINS dan TEKNOLOGI
Seperti bidang-bidang lainnya, bidang ini juga sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Dalam bidang astronomi, Ibn Al Zarqiyali telah dikenalpasti sebagai seorang tokoh yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan & bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi (Tokoh astronomi) juga telah menulis buku yang bertajuk Figures of stars yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan rajah. Buku ini menjadi panduan para pedagang yang belayar untuk ke tempat-tempat yang ditetapkan.
Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.
Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat (Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.
Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.
Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.
Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.
Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik melalui penemuan dan pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah, gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan penghasilan minyak wangi.
Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan kamera yang digunakan secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa cahaya bergerak lurus dan digunakan dalam penciptaan kameranya. Di samping itu kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini membantu kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
TAMADUN ISLAM ( DARI SEGI SAINS DAN TEKNOLOGI)
Matlamat dan Metodologi Sains
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.
Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.
Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..
Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya 慉l Qanun Fi at Tibb�. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi turut mahir dalam bidang astronomi, matematik, fizik, psikologi, falsafah malah bijak bersajak. Perlu juga diingatkan bahawa Ibnu Sina adalah ahli teologi (ilmu berkenaan ketuhanan) dan sudah menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun! Ibn Khaldun, Al-Kindi dan ramai lagi saintis Islam lain turut menguasai lebih dari satu bidang ilmu.
Astronomi dan Astrofizik
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Al-Khwarizmi
* Al-Farghani
* Ja抐ar ibn Muhammad Abu Ma抯har al-Balkhi (Albumasar)
* Al-Farghani
* Thabit ibn Qurra (Thebit)
* Muhammad ibn Jabir al-Harrani al-Battani (Albatenius)
* Al-Farabi (Abunaser)
* Ibn al-Haytham (Alhacen)
* Omar Khayyam
* Ibn Bajjah (Avempace)
* Ibn Tufail (Abubacer)
Kimia
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Jabir Ibn Hayyan (Geber)
* Al-Kindi (Alkindus)
* Ibn Sina (Avicenna)
* Ibn Khaldun
Ekonomi
* Abu Hanifa an-Nu抦an (699-767)
* Abu Yusuf (731-798)
* Ishaq bin Ali al-Rahwi (854-931)
* Al-Farabi (Alpharabius) (873-950)
* Ibn Sina (Avicenna) (980-1037)
* Ibn Miskawayh
* Al-Ghazali (Algazel) (1058-1111)
* Al-Mawardi (1075-1158)
* Nasir al-Din al-Tusi (Tusi) (1201-1274)
* Ibn Taymiyyah (1263-1328)
* Ibn Khaldun (1332-1406)
* Al-Maqrizi (1364-1442)
Geografi dan kaji bumi
* Al-Masudi
* Al-Kindi
* Ibn al-Jazzar
* Al-Tamimi
* Ibn Sina (Avicenna)
* Abu Rayhan al-Biruni
* Ibn al-Nafis
* Ibn Battuta
* Ibn Khaldun
Matematik
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Al-Khwarizmi (Algorismi)
* Al-Kindi (Alkindus)
* Al-Battani (Albatenius)
* Al-Farabi (Abunaser)
* Ibn al-Haytham (Alhacen)
* Al-Zarqali (Arzachel)
* Ibn Bajjah (Avempace)
* Al-Ghazali (Algazel)

Sunday, 22 July 2012
TOKOH PERUBATAN ISLAM (Al-Razi)
Al-Razi (864-930 M)
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan.
SUMBANGAN
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :
a. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar

b. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.
c. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.
d. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
e. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa
f. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.
g. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.
TOKOH PERUBATAN ISLAM (ibn sina)
IBN SINA (981-1037M)
Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.
Sumbangan Beliau
Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah :
a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.

b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa
c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibnu Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.
d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.
e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.
TOKOH PERUBATAN ISLAM (Al-Zahrawi/Albulcasis)
Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M)
Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini
Sumbangan beliau

Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah :
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing.
ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.
iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan.
iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.
vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.
TOKOH PERUBATAN ISLAM (Ibnu Nafis)
Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis
Ibnu Nafis ( 1208 - 1288).
Ibnu Nafis ( 1208 - 1288).
Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.
Sumbangan Beliau
Sumbangan Beliau
i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru.
ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

Karya beliau
i. Kitab ‘Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan
ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan.
iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.
ILMU-ILMU ASAS DALAM PERUBATAN ISLAM
Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja.
Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggota badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh. Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman. Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan.
Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain.
Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan.
Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.
SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN
Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.
Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting.
Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.
Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.
Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.
KESIMPULAN
Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat.
Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat, kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih boleh digunakan sampai kini

Ilmu Perubatan Dalam Tamadun Islam
Definisi Perubatan Islam Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Pengertian Tamadun. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain, jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun.
Latar belakang asal-usul ilmu perubatan dalam Tamadun Islam Kira-kira dalam lingkungan 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda umatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. Ini merupakan suatu zaman yang merupakan detik terhentinya sejarah tamadun dunia pada ketika itu. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani serta diperkembangkan pula oleh pemikiran berhaluan Iskandariah dan disistemkan oleh Galen mulai lumpuh. Dari pusat perubatan empayar Rom yang pada suatu masa dahulu begitu gemilang dan memancarkan cahaya kesemua negara-negara lingkungan lautan Mediterranean, lahir pula suatu pusat baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian. Pengasas pusat ilmiah ini ialah Nestorius, yang merupakan ‘patriach’(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M. Beliau diusir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M. Cara pemikiran serta kepercayaan pengikut-pengikutnya memang telah menggoncangkan Pertubuhan Agama Kristian pada awal-awal lagi. Kini pengikut-pengikutnya telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah berkembang ke peringkat yang disanjung ramai menjelang akhir abad yang ke-5 M. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syiria dan Parsi mereka menemui tamadun ini yang sebenarnya telah diketahui oleh mereka. Jelasnya sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W. telah pun ada dikalangan orang Arab, doktor yang terdidik di Jundishapur. Kuasa Islam terus bertapak dari tebing sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucasus dan menyelubungi hampir ke seluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardina dan Sicily. Bargdad tertubuh sebagai ibu kota Islam pada tahun 762 M. Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang terdapat dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam merupakan pembela utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusat-pusat pengajian tersebut dan hasil usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi pusat pengajian yang begitu cemerlang. Selepas itu pula akademi-akademi mulai tumbuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid, tempat mahaguru serta siswa menginap. Di masjid pula terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Buku-buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun al-Rasyid(763-809 M) pula mula menubuhkan dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad. Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep kesihatan dari unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai. Ahli falsafah Aristotle merupakan karyawan Yunani yang begitu popular di kalangan orang Arab pada ketika itu. bayak karyanya diterjemah dan dipelajari dengan penuh ketekunan. Juga banyak karya tokoh Yunani seperti Hippocrates, Dioscorides, Galen, Oribasius, Allexander Tralles dan Paulus Aegina diterjemahkan dan diperlajari serta dibincang dan dianalisa dengan luasnya5. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dpadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
Institusi ilmu perubatan Pakar perubatan keturunan Arab yang pertama ialah Harith Ibn Kaladah, graduan pusat pengajian perubatan Jundishapur di Parsi, yang sezaman dengan Nabi s.a.w. Dalam masa yang sama, umat Islam juga mementingkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang rawatan dan kesihatan, daripada amalan perubatan yang dianggap asing. Hospital pertama dalam tamadun Islam telah dibina oleh Khalifah al-Walid pada tahun 707 M. Pengaruh secara langsung pusat ilmiah Jundishapur di Parsi ke atas perubatan Islam bermula pada tahun 765 M. sewaktu pemerintahan Al-Mansur, Khalifah ‘Abbasiyyah yang kedua. Selepas Khalifah berjaya dirawat oleh Jurjis Bakhtishu, pakar perubatan dari pusat itu,maka ramailah ahli keluarga serta para siswanya dari Jundishapur yang. merantau ke Baghdad. Pakar perubatan Khalifah Harun al-Rasyid,Masawaih(yang juga ahli farmakologi dan pakar oftalmologi) juga berpindah bersama keluarganya dari Jundishapur ke Baghdad. Pengalaman perubatan dalam tamadun Islam bersifat ‘alamiyyah atau sejagat. Pada kurun ke-10 M, Toledo yang terletak di Sepanyol atau Andalusia, merupakan pusat perubatan Arab bagi Eropah. Sebuah institusi penterjemahan telah didirikan di situ. Cedekiawan dari seluruh Eropah dan Kepulauan British berkumpul dan meraih ilmu. Antara tokoh Barat yang ternama yang telah menuntut ilmu perubatan Islam ini ialah Gerard of Cremona, Michael Scot, Adelaid of Bath, Robert of Chester dan Constantinus Africanus(seorang pakar perubatan Yahudi yang mendakwa bahawa al-Kitab al-Maliki karya ‘Ali Ibn al-‘Abbas al-Majusi ialah hasil karyanya sendiri dan diberi tajuk Pentagne). Walaupun kurun ke-13 M merupakan zaman gerhana bagi sebahagian besar daerah Islam kerana pemusnahan warisan tamadun Islam oleh tentera Mongol, namun kecintaan dan kegiatan ilmu masih berkembang dikalangan para pengamal perubatan Islam,hingga lahirlah empat orang tokoh terkemuka iaitu Ibn al-Qifti, Ibn Abu ‘Usaibiyah, Ibn Khallikan dan Abu al-Faraj. Kemudian, satu lagi keanehan berlaku pada waktu itu iaitu pemerintah Mongol yang hanya beberapa tahun sebelumnya menjadi pemusnah Empayar Islam Timur di Baghdad, kemudian berubah menjadi pemerintah yang berasaskan keimanan dan ‘aqidah tauhid, hingga mampu menjadi penaung pengalaman perubatan. Dari kalangan orang-orang istana yang mengamalkan perubatan Islam ialah tokoh-tokoh seperti Qutd al-Din al-Syirazi(yang menulis sebuah komentar bagi al-Qanun Ibn Sina) dan Rasyid al-Din Fadl Allah, yang telah menjadikan kota Tabriz penuh dengan pusat pengajian tinggi, sekolah dan hospital; dan juga menganjurkan pertandingan menulis buku di samping mengeratkan semula perhubungan antara para pewaris perubatan Islam di Andalusia, Tunis, Tripoli dan Tabriz.
Proses pengubatan Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan. Jiwa dan emosinya juga mungkin tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Pesakit tadi seterusnya bertawakal kepada Allah s.w.t agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan saja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga patut menpunyai satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit. Mereka perlu mempunyai keimanan dan ketakwaan agar dapat meyakinkan pesakit. Disaat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana, termasuk nasihat dan bimbingan.
Etika Doktor Islam Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah mereka perlu mempunyai adab serta akhlak yang mulia. Perkara-perkara yang penting berkaitan etika doktor terhadap pesakitnya seperti doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Mereka percaya kepada Allah dan rasul serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka juga perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Mereka perlu senyum selalu, bersifat sabar, pemaaf, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. Mereka sepatutnya berakhlak mulia, bercakap dengan lunak dan mempunyai tingkah laku lemah lembut dan bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. Para doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan diri. Mereka perlu menunjukan tauladan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan enggan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Mereka perlulah ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan. Mereka juga perlulah mempunyai sifat tawaduk dan rendah diri, mereka tidak ujub,riak atau angkuh. Para doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan diri mereka dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.
Kepentingan Etika Perubatan Islam Sebelum mengurangkan skop penyelidikan dan menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam analisis sekarang, ada baiknya disebutkan di sini kepentingan ini. Terdapat hampir satu billion penganut Islam di dunia. Kebanyakkan mereka tinggal di Dunia Muslim yang merentangi pantai Atlantik di barat ke pedalaman Cina dan Malaysia di Timur. Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan bahawa kebanyakkan mereka menetap di Eropah, Amerika dan Kanada dan di beberapa tempat di Amerika Selatan. Jadi, orang-orang Islam tidak hidup terpisah dan menyedari perkembangan di sekeliling mereka dalam bidang sains, teknologi, perubatan dan lain-lain. Teknologi Biomedic, salah satu cabang sains moden, adalah satu realiti dan tidak boleh dipandang ringan. Banyak penyelidikan telah dan sedang dijalankan dalam lapangan ini dengan tujuan mengawal kehidupan dan kematian. Sama ada orang-orang Muslim tinggal di Dunia Muslim atau di luarnya, mereka berada dalam dilemma apabila berhadapan dengan inovasi teknologi. Berdasarkan keadaan inilah kita dapat menilai kesalahan setengah-setengah dari isu-isu Biomedic berdasarkan etika Islam seperti disebutkan terdahulu,etika tidak bebas dari Syari’ah dan kepentingan inovasi teknologi di sisi Syari’ah.
Penyumbang Ilmu Perubatan Dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w 527 M yang membawa Nur Islam, suatu zaman kegemilangan atau keemasan telah berlaku sebagai zaman penerokaan bagi beberapa ilmu Algebra, Alkemi dan Astronomi. Ilmu-ilmu itu dikaji, diasingkan dan diselidiki terutamanya dalam bidang perubatan. Beberapa tokoh Islam telah memainkan peranan. Seramai 25 orang disebut oleh Donald Campbell dalam bukunya Arabian Medicine dan jumlah ini mungkin lebih banyak lagi daripada itu. Di antara tokoh terkemuka yang telah memberi banyak sumbangan dalam perubatan ialah al-Razi(al-Hawi), Ibn Sina(Al-Qanun),Ibn Rusyd(Al-Kuliyyah), Al-Zahrawi(Al-Tasrif) dan Ali Ibn Abbas Al-Majusi(Al-Maliki).
Hadith Dan Ilmu Perubatan Hadith-hadith perubatan daripada Rasulullah s.a.w bolelah dikategorikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah hadith yang menggalakkan rawatan perubatan apabila sakit dan memberikan prinsip-prinsip yang amat luas tentang kesihatan. Bahagian yang kedua pula merangkumi kenyataan-kenyataan yang dikenali oleh Rasulullah s.a.w tentang penyakit tertentu dan masalah-masalah kesihatan dan juga kaedah-kaedah rawatan samada secara secara spiritual atau secara perubatan. Yang ketiga ialah peranan hadith dalam hasil-hasil tulisan Perubatan Nabi-Nabi. Satu kenyataan yang menyeluruh daripada Rasulullah s.a.w. dalam tulisan hadith ialah “Tuhan menurunkan rawatan bagi setiap penyakit”, atau “ada ubat bagi setiap penyakit iaitu jika ubat yang betul digunakan terhadap sesuatu penyakit,dangan redha Tuhan, kesihatan akan kembali”. Hadith ini mempunyai satu titik teologi yang mustahak-iaitu ubat-ubat bertindak terhadap pelbagai penyakit melalui kehendak Tuhan. Kebanyakan hadith itu merupakan nasihat tentang makanan dan minuman serta bersifat pencegahan. Ini adalah prinsip mustahak dalam penjagaan kesihatan pada zaman praIslam Arab. Sebagai contohnya, nasihat yang melarang terlampau kenyang atau makan terlalu cepat, banyak dibincangkan dalam hadith-hadith. Kebersihan juga banyak dibincangkan, malahan, berwudhuk sebelum solat yang melibatkan pembasuhan tangan, muka, kaki, gigi sebelum solat subuh. Hadith yang menceritakan, “jasad seseorang mempunyai hak keatas dirinya”. “Kerisauan yang terlalu menyebabkan kesakitan fizikal kepada seseorang” , menurut satu hadith mengenai fenomena psikosomatik penyakit. Walaupun kita mendapati contoh-contoh rawatan penyakit melalui azimat dan doa-doa, ia sangat terhad. Telah dilaporkan bahawa pada mulanya Rasulullah s.a.w mengharamkan semua jenis azimat kerana takut mempunyai ayat-ayat yang dapat membawa kepada syirik dengan cara menyeru hantu-hantu dan pelesit. Kemudian, baginda membenarkan penggunaanya dengan syarat kandungan tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Baginda juga membenarkan doa menyembuh bagi gigitan binatang beracun dan terkena sampuk. Kepercayaan kepada terkena sampuk atau ilmu jahat sangat berleluasa dikalangan orang-orang Islam. Sihir, samada “jahat” atau “baik”, telah diharamkan oleh Allah, kuasa yang dihasilkannya boleh diterima tetapi hanya pada perinkat psikologikal. Ahli-ahli sihir Firaun yang menentang Nabi Allah Musa, membaling tali dan kayu” hanya mengaburi mata yang memandang” tanpa menukar bentuknya yang asal walaupun perkara itu juga menakutkan Nabi Musa. Dengan kata lain semua ilmu sihir merupakan ilmu yang jahat kerana ia menutup kebenaran, bertentangan dengan “tanda-tanda”(ayat) atau mukjizat yang benar-benar memberi kesan kepada kebenaran. Begitu juga,kesan psikologi dapat ditunjukkan dalam satu cerita tenteng dua malaikat yang turun ke bumi iaitu Harut dan Marut yang mengajar manusia ilmu sihir bagi menceraikan diantara seorang suami dan isterinya melalui manipulasi psikologi. Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan beberapa rawatan untuk orang sakit. terdapat hadith yang menyakan bahawa Rasulullah s.a.w ada mencadangkan bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai penyembuh penyakit. Bagi sesetengah penyakit dalam perut, baginda sendiri menggunakan minuman yang diperbuat daripada kulit bijirin, susu dan madu. Tetapi, seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun, mungkin cara ini telah diambil oleh baginda daripada tradisi perubatan orang-orang Arab Zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu hadith yang bertentangan dengan beberapa jenis penyakit dan cara rawatannya. Sebagai contoh, terdapat suatu hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang penyelaran yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab untuk rawatan penyakit pada daging. Tetapi terdapat juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan penggunaannya malah digunakan sendiri pada pejuang-pejuang Islam yang luka dalam peperangan. Hadith yang awal tidaklah bersyarat, yang hanya disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah, “walaupun ia adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang masyarakatku daripada penyelaran” Para pengulas hadith yang percaya bahawa penyelaran adalah betul, menyatakan larangannya hanya boleh diambil sekiranya ia dianggap satu cara yang boleh menyembuhkan, seperti yang dipercayai oleh orang-orang Arab sebelum kebangkitan Islam.
Ilmu Perubatan Nabi-Nabi Kita telah melihat majoriti umum berpegang bahawa rawatan perubatan mempunyai nilai rohaniah dan kebaikan agama, malahan menjadi kewajipan dalam agama. Walau bagaimanapun, terdapat segolongan kecil masih berpegang bahawa ilmu perubatan adalah bidang ilmu dalam agama yang tidak dituntut dan masih ada golongan yang lebih kecil berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan tetapi cukup sekadar “berserah kepada Tuhan”. Rasulullah s.a.w penah ditanya oleh seseorang samada dia patut mendapatkan rawatan, iaitu samada ubat-ubatan yang semulajadi mempunyai sekatan dalam agama dan mempunyai kemujaraban yang semulajadi dan Rasulullah s.a.w telah memberi jawapan yang positif. Ibn Taimiyah(meninggal 1328 M) seorang ulamak yang terkenal, guru bagi Ibn Qayyun al-Jauziyah telah disoal tentang penggunaan bahan-bahan yang tidak halal bagi orang Islam menggunakannya. Ibn Taimiyah menjawab bahawa penggunaannya adalah haram untuk tujuan perubatan walau penggunaannya dibenarkan sekiranya tiada terdapat makanan yang lain dan hampir mati disebabkan oleh lapar atau dahaga. Akhirnya, perbincangan juga perlu ditumpukan pada bentuk yang nyata bagi hasil penulisan Ilmu Perubatan Nabi-Nabi. Mungkin yang paling penting ialah kecenderungan yang ditunjukkan bagi ubat-ubatan yang agak mudah(al-adwiyah al-mufradah atau al-basitah) berbanding dengan ubat-ubatan sebatian(al-murakkaba). Kelin-Faranke berpendapat ubat-ubatan sebatian berkemungkinan mengandungi kandungan yang tidak halal dari segi hukum Islam bagi digunakan oleh orang-orang Islam. Ibn Qayyun al-Jauziyah menjelaskan hal ini: Atas panduan baginda sendirilah baginda mendapat rawatan dan mengarahkan keluarga dan pengikut-pengikutnya yang mengidap penyakit mendapatkan rawatan juga. Tetapi bukanlah termasuk dalam panduan baginda atau sahabat-sahabat baginda untuk menggunakan ubat-ubatan sebatian yang dikenali sebagai aqrabadhin. Ubat-ubatan jenis ini ialah ubat daripada orang yang berbeza-beza yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik-Arab, Turki dan penduduk-penduduk gurun. Bagi mereka yang selalu memakan makanan yang mudah atau ringkas tidaklah mengidap penyakit yang banyak dan rawatannya juga adalah ubat-ubatan yang ringkas.
Rumusan Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan walaupun banyak lagi isu-isu tenteng punca penyakit dan kaedah rawatan belum dapat diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahli-ahli sains perubatan Islam, negara-negara Islam, hartawan dan ahli-ahli korporat Islam untuk mengambleng tenaga untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggemblengan tenaga pakar yang disokong dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)