Seperti bidang-bidang lainnya, bidang ini juga sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Dalam bidang astronomi, Ibn Al Zarqiyali telah dikenalpasti sebagai seorang tokoh yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan & bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi (Tokoh astronomi) juga telah menulis buku yang bertajuk Figures of stars yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan rajah. Buku ini menjadi panduan para pedagang yang belayar untuk ke tempat-tempat yang ditetapkan.
Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.
Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat (Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.
Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.
Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.
Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.
Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik melalui penemuan dan pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah, gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan penghasilan minyak wangi.
Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan kamera yang digunakan secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa cahaya bergerak lurus dan digunakan dalam penciptaan kameranya. Di samping itu kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini membantu kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.
No comments:
Post a Comment