Monday, 6 August 2012

ANTARA BUKTI SUMBANGAN TAMADUN ISLAM( DARI SEGI BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI)

Geografi

 


Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun
Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut. 
Peta ini dilukis berdasarkan peta yang sampai kepada kita serta buku yang mengandungi darjah longitud dan darjah latitud bagi peta tersebut
.

 


Peta Dunia al-Idrisi
Peta ini dihasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi berdasarkan titah Raja Norman Roger II di Pulau Sicily di atas dulang perak yang besar. 
Ia telah dipecahkan oleh tentera yang memberontak dua tahun selepas kemangkatan baginda dan mereka telah membahagi-bahagikan sesama mereka dulang tersebut. 
Model ini dihasilkan berdasarkan kandungan kitab al-Idrisi iaitu peta-peta dan serpihan dulang tersebut menggunakan komputer.
.

Astronomi

 

Planetarium Al-Sijzi
Salah seorang ahli astronomi Arab-Islam yang percaya bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri ialah Abu Said al-Sijzi (pertengahan kurun ke-10). 
Model ini bertujuan memberikan penjelasan dan gambaran tentang konsep putaran bumi oleh beliau.



 


Kalendar Astronomi Mekanikal oleh al-Isfahani dari Tahun 1223M
Kalendar astronomi mekanikal al-biruni terus berkembang dengan beberapa kemajuan lagi dalam versi yang dibuat oleh Muhammad ibn Abi Bakr al-Isfahani pada tahun 618H./1221M. 
Versi asal model ini dibuat oleh Eduard Farre (Bercelona) disimpan di Muzium "History of  Science" di Oxford.


 

Jam Matahari Ibn al-Shatir
Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik. 
Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari. 
Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan. 
Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik. 

                             

 

Alat dengan sukuan pendua

INI merupakan salah satu alat biasa di Balai Cerap Maragha. 
Ia untuk menentukan altitud dan azimut bintang.


 

Balai Cerap Samarkand

Ia diasaskan oleh Muhamad Taragay bin Shahrukh Ulugh Beg (lahir 796H/1394M, meninggal 853H/1449M) cucu Timur (Tamerlan).



 

Balai Cerap di Kota al-Rai
Ia diasaskan oleh Amir Fakhr al-Daulah bagi memenuhi hasrat ahli astronomi agung, Hamid ibn al-Khidir al-Khujandi. 
Balai cerap ini terletak di al-Rai dan berfungsi menghitung altitud minit matahari terhadap peredaran tahun berdasarkan lengkung sekstan bulatan yang jejarinya mencapai 40 meter. 
Hasil cerapan yang teliti boleh dibaca hingga ke saat dan bukan setakat minit semata-mata bagi memberikan penjelasan sama ada kecondongan bumi adalah tetap atau sebaliknya. 
Al-Khujandi mencapai kesimpulan bahawa kecondongan bumi berkurangan melalui peredaran masa.

LAIN- LAIN
 

Astrolab Muzium Naval Istanbul
MERUPAKAN astrolab terbesar bagi era sebelum 1000H/1600M. 
Ia masih terpelihara hingga hari ini dan disimpan di Muzium Naval, Istanbul. 



Pam Air Automatik dengan Enam Pam
Reka bentuk pam air ini berfungsi dengan enam omboh berbentuk seperti pam dan pertama kali diperincikan oleh cendekiawan dari pusat pengajian Taqi al-Din, Ottoman pada 1553. Ia digerakkan oleh kuasa air yang mana enam pam yang dibina bertindak mencedok dan menahan air. Konsep pam air ini digunakan sebagai alat pam hidraulik beberapa lama kemudiannya oleh orang Itali.





 

Kincir Angin
Model kincir angin yang ada ketika ini dibina berdasarkan lukisan dan penerangan kincir angin ini yang ditulis oleh ahli geografi, Shams ad-Din Muhammad al-Dimashqi pada kurun ke-13.


 


 
gambar di atas menunjukkan sebuah Jam Ayor yang boleh menunjukkan minit. Huraian untuk mengukur hitungan minit iaitu `ukuran jam dan waktunya terdapat dalam buku al-Khazini yang ditulis pada tahun 1121 Masihi.

Timbangan air berkurangan yang keluar dari salah satu jam dikira sebagai ukuran bagi waktu yang berlalu. Hitungan ini dapat dibaca menerusi tuil neraca yang bertentangan



No comments:

Post a Comment