Monday, 6 August 2012

MASALAH YANG TIMBUL TAMADUN ISLAM (DARI SEGI SAINS)


Mengapa umat Kristian mendakwa bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati bahawa Teknologi Sains dalam Al-Quran adalah ketinggalan??

Ini kerana maklumat-maklumat Sains yang terdapat dalam Al-Quran, seperti embriologi, airmani, penciptaan alam semesta sudah diketengahkan oleh Pakar-Pakar dunia sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw...menurut pihak yg membantah??

Bagaimanakah reaksi kita sebagai umat Islam dalam menghadapi keterangan sebegini, apakah maklumat atau kefahaman yang perlu umat Islam ambil tahu dan apa yang perlu kita sebagai umat memberi keterangan lanjut terhadap mereka??
Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah.

Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, "Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."

Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta".  Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

ANTARA BUKTI SUMBANGAN TAMADUN ISLAM( DARI SEGI BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI)

Geografi

 


Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun
Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut. 
Peta ini dilukis berdasarkan peta yang sampai kepada kita serta buku yang mengandungi darjah longitud dan darjah latitud bagi peta tersebut
.

 


Peta Dunia al-Idrisi
Peta ini dihasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi berdasarkan titah Raja Norman Roger II di Pulau Sicily di atas dulang perak yang besar. 
Ia telah dipecahkan oleh tentera yang memberontak dua tahun selepas kemangkatan baginda dan mereka telah membahagi-bahagikan sesama mereka dulang tersebut. 
Model ini dihasilkan berdasarkan kandungan kitab al-Idrisi iaitu peta-peta dan serpihan dulang tersebut menggunakan komputer.
.

Astronomi

 

Planetarium Al-Sijzi
Salah seorang ahli astronomi Arab-Islam yang percaya bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri ialah Abu Said al-Sijzi (pertengahan kurun ke-10). 
Model ini bertujuan memberikan penjelasan dan gambaran tentang konsep putaran bumi oleh beliau.



 


Kalendar Astronomi Mekanikal oleh al-Isfahani dari Tahun 1223M
Kalendar astronomi mekanikal al-biruni terus berkembang dengan beberapa kemajuan lagi dalam versi yang dibuat oleh Muhammad ibn Abi Bakr al-Isfahani pada tahun 618H./1221M. 
Versi asal model ini dibuat oleh Eduard Farre (Bercelona) disimpan di Muzium "History of  Science" di Oxford.


 

Jam Matahari Ibn al-Shatir
Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik. 
Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari. 
Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan. 
Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik. 

                             

 

Alat dengan sukuan pendua

INI merupakan salah satu alat biasa di Balai Cerap Maragha. 
Ia untuk menentukan altitud dan azimut bintang.


 

Balai Cerap Samarkand

Ia diasaskan oleh Muhamad Taragay bin Shahrukh Ulugh Beg (lahir 796H/1394M, meninggal 853H/1449M) cucu Timur (Tamerlan).



 

Balai Cerap di Kota al-Rai
Ia diasaskan oleh Amir Fakhr al-Daulah bagi memenuhi hasrat ahli astronomi agung, Hamid ibn al-Khidir al-Khujandi. 
Balai cerap ini terletak di al-Rai dan berfungsi menghitung altitud minit matahari terhadap peredaran tahun berdasarkan lengkung sekstan bulatan yang jejarinya mencapai 40 meter. 
Hasil cerapan yang teliti boleh dibaca hingga ke saat dan bukan setakat minit semata-mata bagi memberikan penjelasan sama ada kecondongan bumi adalah tetap atau sebaliknya. 
Al-Khujandi mencapai kesimpulan bahawa kecondongan bumi berkurangan melalui peredaran masa.

LAIN- LAIN
 

Astrolab Muzium Naval Istanbul
MERUPAKAN astrolab terbesar bagi era sebelum 1000H/1600M. 
Ia masih terpelihara hingga hari ini dan disimpan di Muzium Naval, Istanbul. 



Pam Air Automatik dengan Enam Pam
Reka bentuk pam air ini berfungsi dengan enam omboh berbentuk seperti pam dan pertama kali diperincikan oleh cendekiawan dari pusat pengajian Taqi al-Din, Ottoman pada 1553. Ia digerakkan oleh kuasa air yang mana enam pam yang dibina bertindak mencedok dan menahan air. Konsep pam air ini digunakan sebagai alat pam hidraulik beberapa lama kemudiannya oleh orang Itali.





 

Kincir Angin
Model kincir angin yang ada ketika ini dibina berdasarkan lukisan dan penerangan kincir angin ini yang ditulis oleh ahli geografi, Shams ad-Din Muhammad al-Dimashqi pada kurun ke-13.


 


 
gambar di atas menunjukkan sebuah Jam Ayor yang boleh menunjukkan minit. Huraian untuk mengukur hitungan minit iaitu `ukuran jam dan waktunya terdapat dalam buku al-Khazini yang ditulis pada tahun 1121 Masihi.

Timbangan air berkurangan yang keluar dari salah satu jam dikira sebagai ukuran bagi waktu yang berlalu. Hitungan ini dapat dibaca menerusi tuil neraca yang bertentangan



PENGENALAN SAINS dan TEKNOLOGI



Seperti bidang-bidang lainnya, bidang ini juga sangat berkait rapat dengan tamadun Islam. Dalam bidang astronomi, Ibn Al Zarqiyali telah dikenalpasti sebagai seorang tokoh yang mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau juga telah mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan & bumi di antara bintang dan matahari. Abdul Rahman Al-Sufi (Tokoh astronomi) juga telah menulis buku yang bertajuk Figures of stars yang memuatkan peta bintang-bintang tetap dengan rajah. Buku ini menjadi panduan para pedagang yang belayar untuk ke tempat-tempat yang ditetapkan.

Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.

Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat (Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.

Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.

Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.

Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.

Tamadun Islam juga telah mengasaskan penciptaan bahan-bahan kosmetik melalui penemuan dan pencantuman bahan kimia. Antara kosmetik tersebut ialah, gincu, deodorant, pisau pencukur, losyen tangan, pewarna rambut, pemutih gigi dan penghasilan minyak wangi.

Dalam penciptaan teknologi, Ibn Al-Haytham telah mempelopori penciptaan kamera yang digunakan secara meluas sehingga kini. Beliau mengemukakan bahwa cahaya bergerak lurus dan digunakan dalam penciptaan kameranya. Di samping itu kompas dicipta dan digunakan dalam pelayaran dan ini membantu kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.

TAMADUN ISLAM ( DARI SEGI SAINS DAN TEKNOLOGI)


Matlamat dan Metodologi Sains

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.









Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..
Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya l Qanun Fi at Tibb. Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang perubatan tetapi turut mahir dalam bidang astronomi, matematik, fizik, psikologi, falsafah malah bijak bersajak. Perlu juga diingatkan bahawa Ibnu Sina adalah ahli teologi (ilmu berkenaan ketuhanan) dan sudah menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun! Ibn Khaldun, Al-Kindi dan ramai lagi saintis Islam lain turut menguasai lebih dari satu bidang ilmu. 

 


Astronomi dan Astrofizik
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Al-Khwarizmi
* Al-Farghani
* Ja
ar ibn Muhammad Abu Mahar al-Balkhi (Albumasar)
* Al-Farghani
* Thabit ibn Qurra (Thebit)
* Muhammad ibn Jabir al-Harrani al-Battani (Albatenius)
* Al-Farabi (Abunaser)
* Ibn al-Haytham (Alhacen)
* Omar Khayyam
* Ibn Bajjah (Avempace)
* Ibn Tufail (Abubacer)


Kimia 
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Jabir Ibn Hayyan (Geber)
* Al-Kindi (Alkindus)
* Ibn Sina (Avicenna)
* Ibn Khaldun


Ekonomi 
* Abu Hanifa an-Nuan (699-767)
* Abu Yusuf (731-798)
* Ishaq bin Ali al-Rahwi (854-931)
* Al-Farabi (Alpharabius) (873-950)
* Ibn Sina (Avicenna) (980-1037)
* Ibn Miskawayh
* Al-Ghazali (Algazel) (1058-1111)
* Al-Mawardi (1075-1158)
* Nasir al-Din al-Tusi (Tusi) (1201-1274)
* Ibn Taymiyyah (1263-1328)
* Ibn Khaldun (1332-1406)
* Al-Maqrizi (1364-1442)


Geografi dan kaji bumi
* Al-Masudi
* Al-Kindi
* Ibn al-Jazzar
* Al-Tamimi
* Ibn Sina (Avicenna)
* Abu Rayhan al-Biruni
* Ibn al-Nafis
* Ibn Battuta
* Ibn Khaldun


Matematik
* Khalid ibn Yazid (Calid)
* Al-Khwarizmi (Algorismi)
* Al-Kindi (Alkindus)
* Al-Battani (Albatenius)
* Al-Farabi (Abunaser)
* Ibn al-Haytham (Alhacen)
* Al-Zarqali (Arzachel)
* Ibn Bajjah (Avempace)
* Al-Ghazali (Algazel)