Sunday, 22 July 2012

TOKOH PERUBATAN ISLAM (Al-Razi)

Al-Razi (864-930 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. 

SUMBANGAN
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :

a. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar

b. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.

c. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.

d. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.

e. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa 

f. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.

g. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.

TOKOH PERUBATAN ISLAM (ibn sina)

IBN SINA (981-1037M)

Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa  tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh  penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.

Sumbangan Beliau
Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah  :

a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.

b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa

c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibnu  Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.

d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya.

e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.

TOKOH PERUBATAN ISLAM (Al-Zahrawi/Albulcasis)

Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M)

Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini

Sumbangan beliau
Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah :

Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. 

ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia.

iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan.

iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.

v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.

vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

TOKOH PERUBATAN ISLAM (Ibnu Nafis)

Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis

Ibnu Nafis ( 1208 - 1288). 
Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Sumbangan Beliau
i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru.

ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

Karya beliau
i. Kitab ‘Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan

ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan. 

iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.

ILMU-ILMU ASAS DALAM PERUBATAN ISLAM

Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja. 

Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggota badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh. Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman. Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan.

Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain

Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan.

Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN 


Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.

Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting.

Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.

Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.

Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.

KESIMPULAN

Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat.
Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat, kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih boleh digunakan sampai kini

Ilmu Perubatan Dalam Tamadun Islam

Definisi Perubatan Islam Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan dimana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Tamadun. Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan peradaban, kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidak akan dapat mempunyai satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan tamadun Islam tidaklah terbatas hanya kepada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kebudayaan yang berjalan serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan Ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentukkannya. Jika diteliti pada tamadun yang lain, jelas menunjukkan bahawa manusia yang membentuk asas kepada sesebuah tamadun.

Latar belakang asal-usul ilmu perubatan dalam Tamadun Islam Kira-kira dalam lingkungan 200 tahun sebelum Hijrah, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda umatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. Ini merupakan suatu zaman yang merupakan detik terhentinya sejarah tamadun dunia pada ketika itu.  Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani serta diperkembangkan pula oleh pemikiran berhaluan Iskandariah dan disistemkan oleh Galen mulai lumpuh. Dari pusat perubatan empayar Rom yang pada suatu masa dahulu begitu gemilang dan memancarkan cahaya kesemua negara-negara lingkungan lautan Mediterranean, lahir pula suatu pusat baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian. Pengasas pusat ilmiah ini ialah Nestorius, yang merupakan ‘patriach’(pengetua) Constantinople pada awal abad ke-5 M. Beliau diusir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M. Cara pemikiran serta kepercayaan pengikut-pengikutnya memang telah menggoncangkan Pertubuhan Agama Kristian pada awal-awal lagi. Kini pengikut-pengikutnya telah menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah berkembang ke peringkat yang disanjung ramai menjelang akhir abad yang ke-5 M. Apabila orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syiria dan Parsi mereka menemui tamadun ini yang sebenarnya telah diketahui oleh mereka. Jelasnya sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W. telah pun ada dikalangan orang Arab, doktor yang terdidik di Jundishapur. Kuasa Islam terus bertapak dari tebing sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucasus dan menyelubungi hampir ke seluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardina dan Sicily. Bargdad tertubuh sebagai ibu kota Islam pada tahun 762 M. Dalam abad kemegahan inilah tokoh-tokoh Islam yang menyerap tamadun yang terdapat dikalangan puak-puak yang ditewaskannya. Khalifah-khalifah Islam merupakan pembela utama dan tokoh yang melindungi dan membina pusat-pusat pengajian tersebut dan hasil usaha merekalah yang menyebabkan Baghdad menjadi pusat pengajian yang begitu cemerlang. Selepas itu pula akademi-akademi mulai tumbuh di Samarkand, Isfahan dan Damsyik. Akademi-akademi tersebut berpusat di masjid, tempat mahaguru serta siswa menginap. Di masjid pula terdapat perpustakaan yang lengkap, klinik dan hospital. Buku-buku yang digunakan untuk pengajian perubatan pada mulanya berupa terjemahan dari bahasa Yunani. Pada tahun 765 M, Khalifah Harun al-Rasyid(763-809 M) pula mula menubuhkan dan mengembangkan pusat pengajian di Baghdad.  Zaman sejarah ilmu perubatan Islam memakan masa 7 abad dan serentak dengan zaman kecemerlangan Islam. Dengan ringkasnya penggal pertama zaman tersebut bermula dengan Nabi Muhammad S.A.W. baginda amat memahami kepentingan kesihatan jasmani dan menekankan beberapa ajaran dari segi kesihatan. Konsep-konsep kesihatan dari unsure-unsur asas keagamaan yang lain dari Islam umpamanya Yahudi dan Nasrani tidak dinafikan oleh pengajaran Islam. Tib al-Nabi(kitab perubatan S.A.W. ) mengandungi beberapa ajaran asas tentang pemakanan dan membina jasmani yang sihat. Orang Arab dalam zaman permulaan agama Islam juga pernah terdedah pada pengaruh pusat-pusat perubatan di Iskandariah dan Syiria yang menjadi tempat orang Nestorian dari pusat-pusat di Edessa dan Nicibis mengajar ilmu ini serta menterjemah karya klasik Yunani ke dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai pusaka yang sangat dihargai. Ahli falsafah Aristotle merupakan karyawan Yunani yang begitu popular di kalangan orang Arab pada ketika itu. bayak karyanya diterjemah dan dipelajari dengan penuh ketekunan. Juga banyak karya tokoh Yunani seperti Hippocrates, Dioscorides, Galen, Oribasius, Allexander Tralles dan Paulus Aegina diterjemahkan dan diperlajari serta dibincang dan dianalisa dengan luasnya5. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dpadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Institusi ilmu perubatan Pakar perubatan keturunan Arab yang pertama ialah Harith Ibn Kaladah, graduan pusat pengajian perubatan Jundishapur di Parsi, yang sezaman dengan Nabi s.a.w. Dalam masa yang sama, umat Islam juga mementingkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w tentang rawatan dan kesihatan, daripada amalan perubatan yang dianggap asing. Hospital pertama dalam tamadun Islam telah dibina oleh Khalifah al-Walid pada tahun 707 M. Pengaruh secara langsung pusat ilmiah Jundishapur di Parsi ke atas perubatan Islam bermula pada tahun 765 M. sewaktu pemerintahan Al-Mansur, Khalifah ‘Abbasiyyah yang kedua. Selepas Khalifah berjaya dirawat oleh Jurjis Bakhtishu, pakar perubatan dari pusat itu,maka ramailah ahli keluarga serta para siswanya dari Jundishapur yang. merantau ke Baghdad. Pakar perubatan Khalifah Harun al-Rasyid,Masawaih(yang juga ahli farmakologi dan pakar oftalmologi) juga berpindah bersama keluarganya dari Jundishapur ke Baghdad.  Pengalaman perubatan dalam tamadun Islam bersifat ‘alamiyyah atau sejagat. Pada kurun ke-10 M, Toledo yang terletak di Sepanyol atau Andalusia, merupakan pusat perubatan Arab bagi Eropah. Sebuah institusi penterjemahan telah didirikan di situ. Cedekiawan dari seluruh Eropah dan Kepulauan British berkumpul dan meraih ilmu. Antara tokoh Barat yang ternama yang telah menuntut ilmu perubatan Islam ini ialah Gerard of Cremona, Michael Scot, Adelaid of Bath, Robert of Chester dan Constantinus Africanus(seorang pakar perubatan Yahudi yang mendakwa bahawa al-Kitab al-Maliki karya ‘Ali Ibn al-‘Abbas al-Majusi ialah hasil karyanya sendiri dan diberi tajuk Pentagne). Walaupun kurun ke-13 M merupakan zaman gerhana bagi sebahagian besar daerah Islam kerana pemusnahan warisan tamadun Islam oleh tentera Mongol, namun kecintaan dan kegiatan ilmu masih berkembang dikalangan para pengamal perubatan Islam,hingga lahirlah empat orang tokoh terkemuka iaitu Ibn al-Qifti, Ibn Abu ‘Usaibiyah, Ibn Khallikan dan Abu al-Faraj. Kemudian, satu lagi keanehan berlaku pada waktu itu iaitu pemerintah Mongol yang hanya beberapa tahun sebelumnya menjadi pemusnah Empayar Islam Timur di Baghdad, kemudian berubah menjadi pemerintah yang berasaskan keimanan dan ‘aqidah tauhid, hingga mampu menjadi penaung pengalaman perubatan. Dari kalangan orang-orang istana yang mengamalkan perubatan Islam ialah tokoh-tokoh seperti Qutd al-Din al-Syirazi(yang menulis sebuah komentar bagi al-Qanun Ibn Sina) dan Rasyid al-Din Fadl Allah, yang telah menjadikan kota Tabriz penuh dengan pusat pengajian tinggi, sekolah dan hospital; dan juga menganjurkan pertandingan menulis buku di samping mengeratkan semula perhubungan antara para pewaris perubatan Islam di Andalusia, Tunis, Tripoli dan Tabriz.  

Proses pengubatan Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan. Jiwa dan emosinya juga mungkin tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Pesakit tadi seterusnya bertawakal kepada Allah s.w.t agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan saja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, mereka juga patut menpunyai satu etika dan adab yang sesuai untuk melayani pesakit. Mereka perlu mempunyai keimanan dan ketakwaan agar dapat meyakinkan pesakit.  Disaat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari pelbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana, termasuk nasihat dan bimbingan.

Etika Doktor Islam Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah mereka perlu mempunyai adab serta akhlak yang mulia. Perkara-perkara yang penting berkaitan etika doktor terhadap pesakitnya seperti doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Mereka percaya kepada Allah dan rasul serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka juga perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Mereka perlu senyum selalu, bersifat sabar, pemaaf, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. Mereka sepatutnya berakhlak mulia, bercakap dengan lunak dan mempunyai tingkah laku lemah lembut dan bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah.  Para doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan diri. Mereka perlu menunjukan tauladan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan enggan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Mereka perlulah ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan. Mereka juga perlulah mempunyai sifat tawaduk dan rendah diri, mereka tidak ujub,riak atau angkuh. Para doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan diri mereka dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.

Kepentingan Etika Perubatan Islam Sebelum mengurangkan skop penyelidikan dan menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam analisis sekarang, ada baiknya disebutkan di sini kepentingan ini. Terdapat hampir satu billion penganut Islam di dunia. Kebanyakkan mereka tinggal di Dunia Muslim yang merentangi pantai Atlantik di barat ke pedalaman Cina dan Malaysia di Timur.  Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan bahawa kebanyakkan mereka menetap di Eropah, Amerika dan Kanada dan di beberapa tempat di Amerika Selatan. Jadi, orang-orang Islam tidak hidup terpisah dan menyedari perkembangan di sekeliling mereka dalam bidang sains, teknologi, perubatan dan lain-lain. Teknologi Biomedic, salah satu cabang sains moden, adalah satu realiti dan tidak boleh dipandang ringan. Banyak penyelidikan telah dan sedang dijalankan dalam lapangan ini dengan tujuan mengawal kehidupan dan kematian. Sama ada orang-orang Muslim tinggal di Dunia Muslim atau di luarnya, mereka berada dalam dilemma apabila berhadapan dengan inovasi teknologi. Berdasarkan keadaan inilah kita dapat menilai kesalahan setengah-setengah dari isu-isu Biomedic berdasarkan etika Islam seperti disebutkan terdahulu,etika tidak bebas dari Syari’ah dan kepentingan inovasi teknologi di sisi Syari’ah.

Penyumbang Ilmu Perubatan Dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w 527 M yang membawa Nur Islam, suatu zaman kegemilangan atau keemasan telah berlaku sebagai zaman penerokaan bagi beberapa ilmu Algebra, Alkemi dan Astronomi. Ilmu-ilmu itu dikaji, diasingkan dan diselidiki terutamanya dalam bidang perubatan. Beberapa tokoh Islam telah memainkan peranan. Seramai 25 orang disebut oleh Donald Campbell dalam bukunya Arabian Medicine dan jumlah ini mungkin lebih banyak lagi daripada itu. Di antara tokoh terkemuka yang telah memberi banyak sumbangan dalam perubatan ialah al-Razi(al-Hawi), Ibn Sina(Al-Qanun),Ibn Rusyd(Al-Kuliyyah), Al-Zahrawi(Al-Tasrif) dan Ali Ibn Abbas Al-Majusi(Al-Maliki).  

Hadith Dan Ilmu Perubatan Hadith-hadith perubatan daripada Rasulullah s.a.w bolelah dikategorikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah hadith yang menggalakkan rawatan perubatan apabila sakit dan memberikan prinsip-prinsip yang amat luas tentang kesihatan. Bahagian yang kedua pula merangkumi kenyataan-kenyataan yang dikenali oleh Rasulullah s.a.w tentang penyakit tertentu dan masalah-masalah kesihatan dan juga kaedah-kaedah rawatan samada secara secara spiritual atau secara perubatan. Yang ketiga ialah peranan hadith dalam hasil-hasil tulisan Perubatan Nabi-Nabi. Satu kenyataan yang menyeluruh daripada Rasulullah s.a.w. dalam tulisan hadith ialah “Tuhan menurunkan rawatan bagi setiap penyakit”, atau “ada ubat bagi setiap penyakit iaitu jika ubat yang betul digunakan terhadap sesuatu penyakit,dangan redha Tuhan, kesihatan akan kembali”. Hadith ini mempunyai satu titik teologi yang mustahak-iaitu ubat-ubat bertindak terhadap pelbagai penyakit melalui kehendak Tuhan. Kebanyakan hadith itu merupakan nasihat tentang makanan dan minuman serta bersifat pencegahan. Ini adalah prinsip mustahak dalam penjagaan kesihatan pada zaman praIslam Arab. Sebagai contohnya, nasihat yang melarang terlampau kenyang atau makan terlalu cepat, banyak dibincangkan dalam hadith-hadith. Kebersihan juga banyak dibincangkan, malahan, berwudhuk sebelum solat yang melibatkan pembasuhan tangan, muka, kaki, gigi sebelum solat subuh. Hadith yang menceritakan, “jasad seseorang mempunyai hak keatas dirinya”.Kerisauan yang terlalu menyebabkan kesakitan fizikal kepada seseorang” , menurut satu hadith mengenai fenomena psikosomatik penyakit. Walaupun kita mendapati contoh-contoh rawatan penyakit melalui azimat dan doa-doa, ia sangat terhad. Telah dilaporkan bahawa pada mulanya Rasulullah s.a.w mengharamkan semua jenis azimat kerana takut mempunyai ayat-ayat yang dapat membawa kepada syirik dengan cara menyeru hantu-hantu dan pelesit. Kemudian, baginda membenarkan penggunaanya dengan syarat kandungan tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran. Baginda juga membenarkan doa menyembuh bagi gigitan binatang beracun dan terkena sampuk. Kepercayaan kepada terkena sampuk atau ilmu jahat sangat berleluasa dikalangan orang-orang Islam. Sihir, samada “jahat” atau “baik”, telah diharamkan oleh Allah, kuasa yang dihasilkannya boleh diterima tetapi hanya pada perinkat psikologikal. Ahli-ahli sihir Firaun yang menentang Nabi Allah Musa, membaling tali dan kayu” hanya mengaburi mata yang memandang” tanpa menukar bentuknya yang asal walaupun perkara itu juga menakutkan Nabi Musa. Dengan kata lain semua ilmu sihir merupakan ilmu yang jahat kerana ia menutup kebenaran, bertentangan dengan “tanda-tanda”(ayat) atau mukjizat yang benar-benar memberi kesan kepada kebenaran. Begitu juga,kesan psikologi dapat ditunjukkan dalam satu cerita tenteng dua malaikat yang turun ke bumi iaitu Harut dan Marut yang mengajar manusia ilmu sihir bagi menceraikan diantara seorang suami dan isterinya melalui manipulasi psikologi. Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan beberapa rawatan untuk orang sakit. terdapat hadith yang menyakan bahawa Rasulullah s.a.w ada mencadangkan bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai penyembuh penyakit. Bagi sesetengah penyakit dalam perut, baginda sendiri menggunakan minuman yang diperbuat daripada kulit bijirin, susu dan madu. Tetapi, seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun, mungkin cara ini telah diambil oleh baginda daripada tradisi perubatan orang-orang Arab Zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu hadith yang bertentangan dengan beberapa jenis penyakit dan cara rawatannya. Sebagai contoh, terdapat suatu hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang penyelaran yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab untuk rawatan penyakit pada daging. Tetapi terdapat juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan penggunaannya malah digunakan sendiri pada pejuang-pejuang Islam yang luka dalam peperangan. Hadith yang awal tidaklah bersyarat, yang hanya disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah, “walaupun ia adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang masyarakatku daripada penyelaran” Para pengulas hadith yang percaya bahawa penyelaran adalah betul, menyatakan larangannya hanya boleh diambil sekiranya ia dianggap satu cara yang boleh menyembuhkan, seperti yang dipercayai oleh orang-orang Arab sebelum kebangkitan Islam.

Ilmu Perubatan Nabi-Nabi Kita telah melihat majoriti umum berpegang bahawa rawatan perubatan mempunyai nilai rohaniah dan kebaikan agama, malahan menjadi kewajipan dalam agama. Walau bagaimanapun, terdapat segolongan kecil masih berpegang bahawa ilmu perubatan adalah bidang ilmu dalam agama yang tidak dituntut dan masih ada golongan yang lebih kecil berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan tetapi cukup sekadar “berserah kepada Tuhan”. Rasulullah s.a.w penah ditanya oleh seseorang samada dia patut mendapatkan rawatan, iaitu samada ubat-ubatan yang semulajadi mempunyai sekatan dalam agama dan mempunyai kemujaraban yang semulajadi dan Rasulullah s.a.w telah memberi jawapan yang positif. Ibn Taimiyah(meninggal 1328 M) seorang ulamak yang terkenal, guru bagi Ibn Qayyun al-Jauziyah telah disoal tentang penggunaan bahan-bahan yang tidak halal bagi orang Islam menggunakannya. Ibn Taimiyah menjawab bahawa penggunaannya adalah haram untuk tujuan perubatan walau penggunaannya dibenarkan sekiranya tiada terdapat makanan yang lain dan hampir mati disebabkan oleh lapar atau dahaga. Akhirnya, perbincangan juga perlu ditumpukan pada bentuk yang nyata bagi hasil penulisan Ilmu Perubatan Nabi-Nabi. Mungkin yang paling penting ialah kecenderungan yang ditunjukkan bagi ubat-ubatan yang agak mudah(al-adwiyah al-mufradah atau al-basitah) berbanding dengan ubat-ubatan sebatian(al-murakkaba). Kelin-Faranke berpendapat ubat-ubatan sebatian berkemungkinan mengandungi kandungan yang tidak halal dari segi hukum Islam bagi digunakan oleh orang-orang Islam. Ibn Qayyun al-Jauziyah menjelaskan hal ini: Atas panduan baginda sendirilah baginda mendapat rawatan dan mengarahkan keluarga dan pengikut-pengikutnya yang mengidap penyakit mendapatkan rawatan juga. Tetapi bukanlah termasuk dalam panduan baginda atau sahabat-sahabat baginda untuk menggunakan ubat-ubatan sebatian yang dikenali sebagai aqrabadhin. Ubat-ubatan jenis ini ialah ubat daripada orang yang berbeza-beza yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik-Arab, Turki dan penduduk-penduduk gurun. Bagi mereka yang selalu memakan makanan yang mudah atau ringkas tidaklah mengidap penyakit yang banyak dan rawatannya juga adalah ubat-ubatan yang ringkas.


Rumusan Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan walaupun banyak lagi isu-isu tenteng punca penyakit dan kaedah rawatan belum dapat diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahli-ahli sains perubatan Islam, negara-negara Islam, hartawan dan ahli-ahli korporat Islam untuk mengambleng tenaga untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggemblengan tenaga pakar yang disokong dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan.


SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberapa tamadun manusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat.

TAKRIF SAINS
 Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap fenomena alam semula jadi.
  
PEMBAHAGIAN SAINS
Sains boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu Sains Tabiin,Sains Gunaan dan Sains Sosial

Sains Tabi’e
Sains tabi’e dikenali juga sebagai sains tulen , Sains Tulen (Natural Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi:
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia

Dalam al-Quran ada ayat-ayat yang menyentuh sains tabi’eseperti firman Allah yang bermaksud:
"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkun hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunun¬gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) dl antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang- binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Pengampun" (Faathir 35 : 27&28)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menerangkan bahawa bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Begitu juga dengan kejadian kehidupan binatang buas dan binatang yang dijadikan ternakan yang boleh diambil manfaat darinya. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya.

Di atas dalil kenyataan segala penciptaan menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan tuhanNya

Sains Gunaan
Sains gunaan ialah kajian yang lebih menekankan kepada keperluan-keperluan jangka pendek atau jangka panjang atau untuk menghasilkan pengeluaran-pengeluaran dalam bidang yang mempunyai nilai amali, contohnya : bidang perubatan, pertanian dan lain-lain lagi.

Sains Sosial
Sains Sosial ialah kajian terhadap kelakuan individu atau masyarakat serta tindak balasnya terhadap alam sekitar.
sebenarnya ilmu sains sosial atau kemanusiaan ni sudah lama wujud sejak dizaman Rasulullah lagi yang mana baginda sendiri sering menekankan berbuat baik dengan jiran tetangga,adab-adab dengan guru dan sebagainya.


KEDUDUKAN DAN PERANAN SAINS DALAM ISLAM

Islam melihat sains dan agama itu suatu yang bersifat bersepadu. Sians tidak mampu dipisahkan daripada nilai-nilai keagamaan. Agama menjadi pengawal kepada segala perlakuan manusia termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Islam melihat sains sebagai satu perkara yang amat penting kerana dengan sains dan teknologi manusia berupaya:
a) Mengenal Tuhan (Allah)
b) Menegakkan hakikat kebenaran
c) membawa mausia kepada sifat tafakkur dan dapat mengenali Allah
d) Membantu manusia memenuhi keperluan material
e) Membantu manusia dalam pelaksanaan Syari’at.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud :
Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin

Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dari sudut teknologi. Teknologi dibangunkan dan dimajukan demi memelihara dan meningkatkan kualiti kehidupan kerohanian.

f) Menjaga keseimbangan dan keharmonian alam.

SUMBANGAN ISLAM KE ATAS TAMADUN EROPAH

1) Perubatan.
 Apabila disebut ‘Perubatan Islam’ramai orang tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud perkataan itu.Ada pula yang berpuas hati dengan fahaman mereka sendiri.Ramai pula yang tidak menyedari akan adanya sumbangan-sumbangan penting dan tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam.Sementara itu pula terdapat beberapa buah buku karangan orang barat yang kononnya menulis tentang perubatan Islam, tetapi sayangnya tidak memberi gambaran yang begitu tepat akan fakta-fakta yang sebenarnya.misalnya ada beberapa “ pendapat” dari Barat yang mendakwa bahawa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan dari Tamadun Yunani Purba semata-mata, dan peranan orang Arab pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau penyimpan ilmu-ilmu purba ini untuk diserahkan atau dipindahkan kepada orang Barat untuk perkembangan selanjutnya.

Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh Tamadun Kuno dan kemudiannya di majukan lagi sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam.Unsur dan pengaruh kuno itu kebanyakannya berasal dari ilmu perubatanYunani atau system perubatan Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari China dan India

Agama yang beranika corak telah juga termasuk di dalam pemerintahan Islam, umpamanya mazhab-mazhab Kristian seperti Koptic di Mesir, Sabeen di Syria, Nestorian di Parsi, serta Hindu di India dan golongan Yunani di merata ceruk rantau pemerintahan Islam.Agama-agama ini bukan sahaja mempengaruhi bangsa Arab sendiri tetapi juga telah menyumbangkan unsur-unsurnya yang tersendiri dalam membentuk sistem yang di kenali sebagai perubatan Islam.Tokoh-tokoh yang terkenal dan ternama dengan kegeligaan pemikiran dan falsafah serta amalan mereka telah terus mengevolusikan dan memberi satu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Harith Ibnu Kaladah. Sumber-sumber dari Parsi dan Hindu juga merupakan asas pengajian umat Islam pada masa itu. Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.
 Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman yang dibentuk dari konsep aliran Yunani.Dari pusat perubatan Empayar Rom yang begitu gemilang pada masa dahulu lahir pula satu puak baru yang dibangkitkan oleh puak Nestorian.Pengasas pusat Ilmiah Nestorius, yang merupakan “patriach” (pengetua) Constantinople.

pada awal abad ke-5 M telah di usir dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 440 M.Kini pengikut-pengikutnya menubuhkan pusat-pusat pengajian perubatan di Edessa dan Nisibis yang telah
berkembang.Setelah ditindas kerana kepercayaan keagamaan mereka dan diusir dari Syria mereka berhijrah ke negara Parsi pula yang menjadi tempat tertubuhnya satu pusat pengajian perubatan yang bertapak di Jundishapur dan melahirkan ramai doktor-doktor ternama seperti dari keluarga Bakhtischu dan berhijrah pula ke Baghdad.

Apabila orang-orang Arab disatukan di bawah pemerintahan Islam dan seterusnya menewaskan Syria dan Parsi mereka menemui tamadun ini.Jelasnya sebelum ketibaan Nabi Muhammad telah pun ada dikalangan orang Arab.Kuasa Islam telah bertapak dari tebing Sungai Indus sehingga ke pergunungan Caucasus yang menyelubungi hampir ke seluruh Afrika Utara dan Sepanyol Selatan termasuk Sardinia dan Sicily.
 Dalam masa yang sama hospital-hospital di bian di Baghdad, Damsyik, Kaherah dan Cordova.Tokoh –tokoh lain ialah Ibnu Sina (Avicenna) .

Ibnu Sina telah terkenal semasa berumur 16 tahun lagi.Sejak 1/3 kurun ke-19 lagi, sebahagian besar daripada doktor di Eropah telah mempelajari daripada bukunya Al-Qanun Fit Tib (Undang-undang hal perubatan).Beliau adala orang pertama sekali mengenali tentang domain daripada psikologi dan telah mengendalikan 15 jenis penyakit dan telah menghuraikan 760 bentuk penyakit yang di kenali sebagai Tuberculosis (T.B) .Penyakit bengkak (dalam paru-paru) dan berbagai penyakit bengkak yang lain yang dikatakan ‘Rahkan’ dan beliau juga telah membuat penyelidikan dalam bidang neurologi.Beliau wafat pada tahun 1036 M/426H

Ibnu Rusyd (Arerros) telah menulis buku perubatan yang komprehensif yang bertajuk “Kulliyat Fi al Tibb”.Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1225M dengan nama “Colligent
yang memberi ulasan secara terperinci tentang anatomi, fisiologi, simptom-simptom, penyakit serta rawatannya, ubat-ubat makanan dan pemeliharaannya.Disamping itu beliau turut menulis 14 ulasan tentang –karya Galen

2) Pendidikan
Dalam lapangan pendidikan pula, Khalifah al Hakam meemperbaiki dan memperluas gedung Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III, bertempat di Istana al Zahraa’.Pada masa yang sama al Hakam Universiti ini merupakan pusat pengajian yang terbesar di dunia.Ia dikunungi oleh orang-oraang Eropah, Afrika dan Asia, slain dari penduduk Sepanyo sendiri.Beliau mengundang para sarjana dari sebelah Timur dan menggaji mereka untuk berkhidmat sebagai tenagaa pengajar di Universiti Cordova.
 Selain daripada itu, Kota Cordova mempunyai perpustakaan yang lengkap.Beliau menyuruh orang-orang mencari buku-buku di seluruh dunia Islam untuk disimpan di perpustakaan Cordova.Menurut cerita, buku di perpustakaan itu berjumlah 400, 000 jilid.Pada masa itu di sebelah Timur terdapat seorang ulamak dari keturunan Amawiyah yang bernama al Asfahani sedang mengarang bukunya “al Aghani”.Al Hakam memesan buku itu dengan mengirim wang sebanyak 1000 dinar kepada pengarangnya.

3) Pembangunan
Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang khalifah yang sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan kerajaan Islam Sepanyol.Kota Cordova adalah merupakan sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang ke-10.Cordova merupakan salah satu dari tiga pusat kebudayaan, selain dari Baghdad dan Konstantinople.Pada waktu itu jumlah rumah di Kota Cordova adalah sebanyak 113, 000 buah, kota depannya ada 21 buah, perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku dan masjid tidak terhitung banyaknya dimana ianya menadi faktor yang menyebabkan kota Cordova menjadi harum diseluruh dunia.Jalan –jalan di Cordova di bubuh batu dan diterangi oleh lampu-lampu berbanding denagn Kota London yang hanya tujuh ratus tahun kemudian beum terdapat satu lampu pun yang menerangi jalannya.Dan Kota Paris beberapa ratus tahun kemudiannya masih tetap berlumpur.
 Abdul Rahman Al Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun 788 M, dua tahun sebelum beliau meniggal dunia.Masjid itu didirikan di Cordova dan kemudiannya masjid itu diperbesarkan oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.

4) Pertanian dan perindustrian
Orang-orang Arab telah memasukkan ke Sepanyol sistem pertanian yang sistematik.Mereka menggali terusan-terusan, penanaman anggur, padi, buah delima, limau manis, tebu kapas dan kunyit.Di daerah lembah sebelah tenggara gunung Pyraness terdapat tanam-tanaman gandum yang hidup subur kerana keadaan yang hawa sesuai didaerah itu dan tanah yang subur.Di sini juga terdapat kebun-kebun zaitun dan buah-buahan lain yang ditanam oleh penduduk.
 Kemajuan pertanian itu adalah merupakan jasa-jasa orang Arab dan Islam Sepanyol terhadap negeri Sepanyol.Sampai sekarang tanaman-tanaman di Sepanyol masih bercorak Habsyi (Moor)
 Salah satu tanaman yang terkenal ialah taman yang disebut Generalife suatu kata yang berasal dari bahasa Arab “Jannatul A’rif’ iaitu taman kepada sebuah Villa.Ia adalah merupakan gedung yang melingkari gedung al Hamra yang terkenal itu.Taman tersebut terkenal kerana rendang pohon-pohonnya, air terjunnya yang menarik dan angin yang berhembus dengan sepoi bahasa, I di buat dalam bentu bertangga seperti gedung-gedung komidi Yunani Purba.Tanahnya di basahkan dengan parit yang menimbulkan berpuluh-puluh air terjun.Kemudian, airnya menghilang dicelah-celah pepohon bunga dan semak yang terdapat di sekitarnya.
 Hasil pertanian dan industri di perdagangakn sampai ke Asia Barat, terus ke India.Perdagangan di Sepanyol waktu itu sama sibuknya dengan Baghdad Mesir dan Mekkah.Hasil dari perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi keperluan dalam negeri.Sevilla mengeksport kapas, buah zaitun dan minyak, serta mengimport hamba sahaya dari Mesir dan biduan yang cantik dari Eropah.Malaga dan Jaen mengeksport kunyit, batu marmar dan gula.

5) Ekonomi
Menurut P.K.Hitti dalam bidang kewangan dan kemakmuran, belum pernah Sepanyol dapat mengecap seperti itu sebelumnya.Menurut beliau pendapatan negara pada waktu itu berjumlah 6, 245, 000 dinar, yang di gunakan untuk:-
-1/3 untuk ketenteraan
-1/3 untuk kerjaraya (pembangunan)
-1/3 untuk di simpan dalam perbendaharaan negara
Di mana itu semua adalah hasil dari kemajuan perdagangan dan pertanian dalam negara itu.

6) Matematik
Pengaruh falsafah Yunani dan Mesir sangat nyata dalam Rasa’il.Secara terang, Ikhwan memuji Pithagoras dan mazhabnya dalam mentafsirkan hubungan alam dan nombor:keistemewaan nombor 4 dikaitkan dengan 4 unsur penting ciptaan Tuhan iaitu udara, api, air, tanah.Teori yang mengatakan alam ini tebentuk daripada 4 unsur dipelopori oleh Empedokles (490-430SM) .Pithagoras dan pengikut-pengikutnya sangat memuliakan ilmu matematik dan ilmu ini menjadi syarat untuk mendalami ilmu falsafah.Ikhwan mengulangi perkara ini dalam Rasa’il dan falsafah yang sama dipegang oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle dan Markus Sisero (mati 43SM)

Pandangan Ikhwan tentang kedudukan matematik, nombor dan falsafah ini memperlihatkan pengaruh falsafah Yunani dan Mesir.Plato (Aflatun, mati 347SM) Aristoteles (Aristotle mati 322SM) , misalnya menjadikan matematik sebagai syarat mutlak untuk mempelajari falsafah.Plato dikatakan telah meletakkan papan tanda di pintu masuk akademinya yan tertera dengan kata-kata:Sesiapa bukan ahli geometri jangan sekali-kali masuk.Pithogoras sangat mementingkan falsafah nombor kerana menurutnya nombor menggambarkan semua kejadian alam.Misalnya, jirim manusia terbentuk daripada air dan tanah mengikut nisbah tertentu dan nisbah ialah nombor, manakala nombor menggambarkan hakikat sesuatu.Pemahamanmengenai nombor bermakna pemahaman mengenai hakikat sesuatu.
Ahli-ahli falsafah Yunani ini juga tidak dapat dipastikan mempunyai hubungan dengan mana-mana agama atau mereka berpegang kepada falsafah akal semata-mata, kerana terdapat hubungan penduduk Haran, tempat bertapaknya mazhab Pithagoras dengan ajaran Nabi Idris (a.s)

Ahli matemati Islam juga menonjolkan matematik sebagai unsur penting falsafah kerana matematik menghimpunkan dua unsur lain yang penting dalam diri seeorang manusia, iaitu akal dan latihan (irtiadah) .Matematik bukanlah matlamat akhir falsafah tetapi satu jalan ke arah mencapai penyempurnaan jiwa insan dengan mentasawurkan sagala perintah (agama) , membenarkan segala hakiakat yang berbentuk teori (nazariyyah) dan amali dengan segala kesungguhan dan keupayaan manusia.Satu hal yang jelas tentan hubungan matematik dan agama ialah pengunaan ilmu ini untuk menentukan arah kiblat, waktu solat, tahun, bulan, dan hari, perjalanan matahari, bulan, bintang dan seumpamanya.Malah banyak tajuk dalam figh Islam memerlukan ilmu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti urusan perniagaan, zakat, pusaka, waksiat, persyarikatan, pinjaman, sewa-menyewa, pajak dan seumpamanya.Tidak hairanlah jika Imam al-Ghazzali (kurun ke-11/12M) meletakkan matematik setanding dengan ilmu perubatan dan mempelajari kedua-duannya merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam.Beliau menganggap matematik ialah ilmu yang boleh dicapai oleh akal.

Keistimewaan matematik sebagai alat mengasah ketaaman akal manusia diperaku oleh ali matematik termasuk ahli matematik Islam.Sebgai contoh, Ibnu Khaldun menggambarkan geometri sebagai suatu ilmu yang memberi faedah besar kepada ahlinya, memberi cahaya kepada akal, mengutakan fikiran kerana sesungguhnya pembuktianmatematik keseluruhannya merupakan suatu keterangan yang tersusun kemas lagi indha.Beliau sendiri mengakui bahawa salah satu hobinya ialah mencari pasangan nombor karib (al-mutahabbah) .

KESIMPULAN
Pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Eropah adalah banyak antaranya perubatan, pendidikan, perindustrian, ekonomi dan matematik.Antara faktor-faktor yang menyebabkan perkembangan pesat masyrakat Eropah pada ketika itu antaranya ialah hubungan diplomatik diantara masyarakat Islam dan masyarakat Sepanyol di Eropah.Senario ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia.Oleh sebab itu seharusnya kita menyedari betapa pentingnya kita mempelajari dan memahami sejarah tamadun dunia.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN ISLAM KEATAS MASYARAKAT EROPAH

1) FAKTOR ISLAM ITU SENDIRI
-Kegemilangan tamadun Islam adalah bepunca daripada ajaran Islam itu sendiri; di mana Al-quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama.Dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya negara Islam yang pertama di Madinah, maka secara keseluruhan dapat mengubah cara hidup masyarakat Arab yang sesat, jahil dan tidak beradap kepada cara hidup yang beradap dan bertamadun dalam semua aspek, antara lain:

-Perubahan dari penyembahan pelbagai tuhan kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.Mereka telah meninggalkan kesesatan akidah, menuju akidah tauhid, dengan hanya menyembah Allah SWT yang Maha Esa dan Nabi Muhammad adalah sebagai pesuruhNya.Sebagaimana firmanNya dalam surah Al Hujuraat, ayat 15 seperti berikut: -Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”

-perubahan masyarakat Jahiliah daripada hidup berpuak-puak kepada bersatu padu.Lazimnya berlaku di kalangan mereka, si kuat menindas si lemah, seperti kata pepatah “sesiapa yang kuat, mak mereka itulah yang kudrat.”Begitulah amalan masyarakat Jahiliah sepanjang masa.Kedatangan Islam mampu mengubah keadaan masyarakat demikian kepada kesepaduan ummah tanpa mengira suku, kaum, bangsa dan keturunan, asalkan beragama Islam.Mereka
semuanya bersaudara iaitu saudara seagama Islam.Mereka berpandukan kepada Al-Quran dan Al-hadis.

-Perubahan masyarakat jahiliah daripada gemar meminum minuman keras kepada minuman yang menyegarkan dan menyehatkan badan.Firmannya Allah SWT dalam surah Al Maidah, ayat 90 sebagai berikut:

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (minuman) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) , adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

-Perubahan masyarakat jahiliah daripada suka melakukan perzinaan kepada pernikahan yang dibenarkan Islam daripada hidup bebas kepada hidup yang berperaturan.
Maksudnya:“Dan janganlah kamu mendekati zina: sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

2) FAKTOR GALAKAN PEMIMPIN DAN SIKAP UMMAH.
-Yang menjadi tunggak tamadun Islam yang kedua ialah faktor hubungan timbal balik antara galakan pemimpin dan sikap ummah itu sendiri.Usaha dan peranan mereka amat diperlukanuntuk meneruskan kesinambungan peranan yang telah dimainkan oleh faktor Islam itu sendiri.Semenjak dari perutusan Rasulullah SAW sebagai ketua agama dan pemimpin negara.Islam tidak pernah mengalami ketandusan pemimpin walau zaman kemunduran sekalipun.Mereka sentiasa di hormati oleh masyarakat sekeliling disebabkan peranan mereka menyelamatkan rohani dan meningkatkan keimananan ummah sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT sehingga datangnya zaman kebangkitan Islam.Dengan itu jelas apa yang telah dididik dan diasuh oleh Rasulullah saw terhadap ummah telah membuahkan hasil terhadap pemikiran pemimpin pelapis yang mempunyai akidah yang teguh, memiliki akhlak yang mulia, memperlihatkan kepimpinan yang unggul.Sebagai contoh;
Saidina Abu Bakar r.a.Ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik Islam yang terkenal, dapat dilihat menerusi kejayaannya menyatukan kembali umat Islam yang berpecah sebaik sahaja berita kewafatan Rasulullah tersebar

3) KESTABILAN SOSIO-EKONOMI DAN SOSIO POLITIK ANDALUS
-Pengajaran Al-Qur’an dan Al-Hadis tentang pentingnya ilmu pengetahuan serata galakan dan usaha gigih para pemimpin, bukan sahaja umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan telah membawa kesan dengan peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio politik sejagat.Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

FAKTOR PENGALIRAN ILMU ISLAM KE EROPAH
 Para sejarawan telah sepakat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan islam ke Eropah iaitu hubungan diplomatik, , aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau Sicily, pembukaan Pulau Andalus (Sepanyol) dan Perang Salib.

a) Hubungan Diplomatik.
-Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan negara Islam.Islam mengajar umatnya supaya berinteraksi antara satu sama lain baik berinteraksi secara vertikal deengan Allah SWT, mahupun berinteraksi secara horizontal sesama manusia dengan sesama makhluk Allah.Islam juga menyuruh umatnya mengutamakan perdamaian atau menerima perdamaian, jika diminta berbuat demikian oleh musuh, tetapi hendaklah berwaspada dan berserah kepada Allah SWT.Firman Allah dalam surah Al-Anfal, ayat 61 yang bermaksud;
 “dan mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Dia Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”

b) Aktiviti penterjemahan
 Dalam masa peperangan Salib telah wujud hubungan kebudayaandan tamadun antara pihak Kristian dan Muslimin secara langsung atau tidak langsung.Kehadiran orang-orang Kristian di Eropah di negeri-negeri Islam, menyebabkan mereka banyak memperolehi pengetahuan dari tamadun Timur melalui interaksi mereka dengan orang-orang Islam dineeri-negeri dimana mereka berada.Mereka melihat secara langsung ketinggian tamadun Islam dalam pelbagai bidang Ilmu
pengetahuan, antara lain: bidang perubatan, pertanian, pendidikan, arkitektur, ketenteraan dan sebagainya

Orang-orang Eropah menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur tamadun Islm daan kemudiannya mereka bawa pulang kenegeri masing-masing.Semenjak mereka mengenali kecemerlangan tamadun Islam pada lingkungan abad ke 11 Masihi, maka makin tinggilah keinginan mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-sehari
 Setelah mereka berfikir bagaimanakah caranya supaya ilmu pengetahuan yang berguna itu masuk ke Eropah lebih cepat, golongan cendikiawan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.

Usaha penterjemahan tersebut, sebahagian besarnya dilakukan oleh cendikiawan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily dan cendikiawan Islam di Universiti Islam di Timur.Usaha penterjemahan buku berjalan pesatnya kerana mereka mempunyai pengetahuan kemaampuan untuk menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin dan bahasa Eropah yang lainnya.

Usaha seperti ini berlangsung selama dua abad sehingga akhir abad ke-13 Masihi.Bangsa Eropah mempergiatkan lagi bidang ini dan mendirikan Institusi penterjemahan yang berfungsi sebagai institusi akademik, contohnya seperti;

 a) Institusi penterjemahan di Toledo.Penterjemah yang aktif dalam institusi ini antara lain;
-Ibrahim Ibnu Daud (1190) seorang Yahudi
-Herman (1272) warganegara Jerman
-Gerard (1187) dari Itali
yang mana mereka ini menterjemahkan bidang falsafah dan sebahagian kecil dalam bidang sains dan teknologi.

 b) Institusi penterjemahan di Palermo ibu negeri Sicily.Kaisar Faderick 11 amat menggalakkan usaha penterjemahan.Beliau mengirim para ilmuan untuk mencari buku ke perpustakaan di Timur Islam untuk diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan bahasa Eropah lain.Diantara buku yang menarik perhatian Kaisar ialah karya Ibnu Rusyd dan melantik Michael Scott (1235M) untuk menterjemahkannya.

 Diantara buku Sains yang diterjemahkannya ialah;
a) “Al Madkhal ila-ilm Hayat al Aflak” karya Al Farghani yang diterjemahkan kedalam bahasa Latin oleh Yohannes Hispalensis dan Gerard pada tahun 1135M
b) “Al Tarikh Al Jalali” karya Umar al Khayyam diterjemahkan kedalam bahasa Eropah dan Latin.
c) Ibnu Nafis terkenal sebagai seorang doktok yang pertama kali menemui pengaliran darah.Orang yang boleh menyamai kepakarannya ialah seorang pakar bedah Islam di Sepanyol yang bernama Abu Qasim.Penemuannya itu mendahului 400 tahun berbanding dengan pakar Eropah yang bernama Hervey dan Michael Servet.Penemuan beliau di bidang ini amat mempengaruhi doktor-doktor Eropah seperti Ambroise Pare 1517-1590 dan Percivall Pott 1713-1788M.

4) Perang Salib
 Peperangan Salib berlaku sebanyak 8 kali dalam masa 2 abad diantara tahun 1097-1292M bersamaan tahun491-692 Hijrah.Perang Salib diambil dari nama ‘Salib’ sebagai lambang orang-orang Kristian.Dengan sebab itulah ramai beranggapan bahawa peperanganini juga dikatakan peperangan ‘agama’.Sebenarnya jauh dari itu bukan faktor agama sahaja yang menyebabkan
berlaku peperangan, malah wujud sebab –sebab lain yang lebih banyak.Menurut Prof.Dr.Ahmad Shalaby (1975:1-6) mengatakan diantara sebab-sebab itu ialah:
 1) sebab-sebab perdagangan
i. -ahli-ahli perniagaan Eropah sanggup mengeluarkan wang dan senjata untuk membantu peperangan Salib kerana mereka berkeinginan supaya dapat menakluki sesetengah dermaga-dermaga di sepanjang pantai Timur dan selatan Laut Mediterranean, terutama di Venice, Genoa dan Pisa.Tujuannya ialah supayadermaga-dermaga tersebut menjadi pusat perniagaan mereka di Timur dan wujud kesinambungan di antara perniagaan Eropah dengan perniagaan di Timur melalui jalan-jalan ini
ii. Perang Salib berlaku di Manzikert, Byzantin.
-Pada tahun 1071M telah berlaku satu pertempuran antara orang Islam yang dipimpin oleh Ali Arsalam dengan Emperor Rumanos IV bagi pihak Byzantin di Manzikert. Pertempuran ini merupakan satu pertempuran yang terbesar pernah berlaku di antara Islam dengan orang kafir.Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan Islam.

PENGARUH TAMADUN ISLAM KEATAS MASYARAKAT EROPAH

Pendahuluan
Menurut Abu Bakar Hamzah (1987:10) perkataan Tamadun berasal dari perkataan arab seperti Hadharah iaitu peradaban, Umran merujuk kepada kemajuan dan Thaqafah iaitu kebudayaan.Menurutnya lagi tamadun lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia semasa dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.Tamadun Islam merupakan Tamadun yang didirikan oleh masyarakat Muslim bermula dari abad ke 7M hingga kini.Ia juga merupakan tamadun yang sepadu.Mengapa dikatakan sepadu?Ini adalah kerana ia menitikberatkan penekanan kemajuan dari aspek kerohanian dan juga kemajuan dari aspek kebendaan.Dalam tempoh tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Turki, India dan lain-lain telah sama-sama bergabung di bawah naungan Islam kearah membina sebuah tamadun yang agung hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka suatu ketika dulu seperti Madinah, Baghdad, Cordova, Iskandariah dan lain-lain.Dimana bandar –bandar ini telah menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan, pendidikan, perubatan, kesusasteraan dan sebagainya

Bukan itu sahaja malah tamadun Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilaidari segi kemanusiaan terutamanya.Tamadun Islamlah yang telah berjaya meletakkan manusia sesuai dengan martabatnya.

Mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam yang terang benderang bukanlah sesuatu yang mudah, dimana sinarannya bukan sahaja menerangi Tanah Arab tetapi juga seluruh Eropah dan seluruh pelusuk Adam.Insyaallah…
Ciri-ciri Tamadun Islam
 Dalam usaha untuk mencapai matlamat Tamadun Islam terdapat beberapa ciri diantaranya;

1. PENGAJARAN DALAM AL-QUR’AN
-Seperti yang kita sedia maklum Al-Qur’an merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam.Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Qur’an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak.Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna ;tidak dapat dibantah walaupun satu ayat.Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa saahja kerana al-Qur’an itu sebagai manual kepada manusia, dimana pendidikan Islam memainkan peranan yang terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam.

2. MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN PENGGUNAAN TULISAN
-Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya;sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Dari Rasulullah saw bersabda “tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad”.Tujuan menuntut ilmu pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di samping memakmurkan alam dalam semua aspek.Negara yang bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan ilmu pengetahuan.Sebagai contoh:kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan ;walaupun keseluruhan negara Barat lain masih dalam ‘dark ages’ atau zaman kegelapan.


3. KEMUNCULAN BANDAR-BANDAR BARU
-Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan.Berkat keredhaan Allah SWT yang dikurniakanNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, hanya selang beberapa tahun kemudian, Islam telah mengembangkan sayapnya secara meluas ke negara-negara lain seperti Afrika Utara, Afrika Tengah, di barat iaitu Sepanyol dan Pulau Sicily.Sebahagian besar penduduk-peduduk di negara tersebut telah memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan tamadun Islam.Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang membangun di sana-sini yang amat mengkagumkan dunia;tanpa mengabaikan ciri-ciri keislaman seperti bangunan Masjid, Perpustakaan dan Istana

4. KESEPADUAN UMMAH
–Walaupun masyarakat dalam pelbagai negara yang berada di bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan budaya, tetapi mereka saling membantu bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun ke peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek ;baik dari segi rohani mahupun jasmani.Kesepaduan demikian akhirnya membawa kecemerlangan tamadun Islam secara keseluruhannya.Sebagaimana pepatah melayu berkata: “Bersatu teguh bercerai roboh”, dimana akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah suatu bentuk ekonomi bandar.

5. MEMPUNYAI SENIBINA TERSENDIRI
-Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan bandar-bandar.Menurut Prof..Dr J. A. Toyndee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna, kerana lahirnya di bandar-bandar

yang di bina oleh Islam.Walaupun demikian, senibina Islam ini tidak pula mengabaikan aspek ketuhanan.Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti seni Khat dan seni awan larat.Kedua-dua jenis ini di gunakan untuk menghiasi kulit kitab, bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya, dimana ianya menjadi keagungan generasi berikutnya.

6. KEWUJUDAN NEGARA ISLAM
-Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.



Islam di Sepanyol
 Sepanyol adalah sebahagian dari Eropah. Daerah pertama kali dipanggil Iberia.Kemudian namanya dikenal pula dengan Asbania iaitu sewaktu bangsa Rumawi menduduki daerah itu pada abad kedua Masihi.sesudah itu sewaktu bangsa Vandal menduduki bahagian selatan daerah itu, ia dinamakan pula dengan Vandalisia dan apabila kaum Muslimin menduduki daerah itu mereka menyebutnya dengan Andalus.
 Sepanyol pernah berada di bawah pemerintahan umat Islam selama kira-kira hampir lapan abad iaitu dari penaklukan yang di mulai pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711 Masihi sehingga jatuhnya kota Granada pada tahun 897 Hijrah bersamaan dengan tahun 1492 Masihi.
Pada masa pemerintahan umat Islam di daerah itu banyaklah pembaharuan-pmbaharuan dan pembangunan yang dilakukan oleh mereka dalam segala aspek kehidupan.Hasil dari pembangunan tersebut Sepanyol telah menjadi suatu daerah yang terkenal dan harum namanya diseluruh

Dari ibu kota Cordova dan kemudiannya Granada terpancarlah sinar kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan kemudiannya memberikan kemajuan kepada bangsa-bangsa Eropah.