Monday, 9 July 2012

Apa Itu Tamadun Islam

Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah. Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing….
Firman Allah SWT….surah Al Baqarah
“tiada paksaan dalam beragama”
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan…

2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman Allah S.W.T  dalam Surah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya

3. Memelihara akal
Mengharamkan minuman keras
Firman Allah.Surah Al Maidah 5:90
Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan..

4. Memelihara maruah dan keturunan
Mensyariatkan perkahwinan….
Poligami
Haramkan zina,pergaulan bebas lelaki perempuan
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar.
( Surah al-Israa’ 17:31 )

5. Memelihara harta
Firman Allah SWT
Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.(Al-Qasas 28:77)

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.
( Surah al-Maa’idah 5:38 )

6. Memelihara hak kebebasan
Hak Allah SWT:bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah,bebas dari kesesatan
Hak Manusia: bebas bergerak,bebas bersuara,bebas berpersatuan,bebas beragama




SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
 AL-QURAN
• Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
• sumber utama- sebagai pengantara amanah yang diberikan Allah
untuk manusia.
• Kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisahkisah tauladan, sumber rujukan ilmu dan sebagainya.
• Kebenaran Al-Quran adalah muktamad kerana ia bersumberkan
Allah.  Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. 
•Nama-nama Al-Quran yang membuktikan kemukjizatannya :
1) Al-Kitab
2) Al-Furqan
3) Al-Zikr
4) Al-Tanzil
5) Al-Mushaf

KELEBIHAN AL-QURAN
1.Kesahihan & Keterpeliharaan:
-dijamin oleh Allah SWT sehingga ke hari kiamat.
-terpelihara dari sebarang penyelewengan yg dilakukan oleh manusia @ jin.
Firman Allah SWT dlm surah al-Hijr ayat 9 yg bermaksud :
“Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan al-Quran & sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.

2.Syariah yang lengkap:
-syariah yang dibawa lengkap & menyeluruh utk semua manusia, masa, suasana, tempat & zaman.
-bukan shj mengatur cara hidup utk diri individu malah meliputi keluarga, jiran, negara, ekonomi, teknologi & antarabangsa.

3.Keindahan bahasa:
-keunggulan al-Quran bergantung kpd mukjizat bhsnya yg indah dr segi balaghahnya (retorika).
-diakui oleh sasterawan Arab jahiliah yg bgt mahir dgn balaghah.
-mrk gagal utk menandingi keindahan bhs al-Quran, apa lagi utk mengatasinya sjk ia diturunkan hg kehari ini.

4.Keluasan & kedalaman ilmiahnya:
-tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
-masih byk ilmu yg terdapat didlm al-Quran yg blm dihurai oleh manusia.

5.Kejiwaan:
-dr segi kejiwaan & nafsiah, al-Quran merupakan mukjizat yg sgt besar.
-berjaya mempengaruhi & menguasai jiwa umat Islam sehingga manusia itu blh menerima segala ajarannya dengan senang hati,insaf dan sedar.

IJMA’
• Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan baginda.
• Menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran dan Al-Hadis.
• Contoh dalil :
“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.” (An-Nisa : 59)

Salah satu dalil daripada Al-Quran mengenai ijmak sebagai sumber hukum yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (KitabAllah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepadaAllah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ” (Surah an-Nisa ayat 59)

Rukun-rukun ijmak menurut pendapat ulama’ usul fiqh adalah seperti berikut:-
1.     Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.
2.     Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.
3.     Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu unsur-unsur paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan, sehingga ia harus menerima suatu keputusan.
4.     Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan, dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja keputusan yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para mujtahid.
5.     Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum dapat dijadikan sebagai hujjah syariah.

Dalam beberapa kitab usul fiqh terdapat beberapa jenis ijmak yang dihubungkan dengan masa terjadi, tempat terjadi atau orang yang melaksanakannya. Ijmak-ijmak itu adalah:
1.     Ijmak Sahabat - iaitu ijmak yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.
2.     Ijmak Khulafaurrasyidin - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Utsman dan Khalifah Ali bin Abi Thalib. Tentu saja hal ini hanya dapat dilakukan pada masa keempat orang itu hidup, iaitu pada masa Khalifah Abu Bakar. Setelah Abu Bakar meninggal dunia ijmak tersebut tidak dapat dilakukan lagi.
3.     Ijmak Shaikhan - iaitu ijmak yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar bin Khattab.
4.     Ijmak ahli Madinah - iaitu ijmak yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijmak ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Mazhab Maliki, tetapiMazhab Syafie tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.
5.     Ijmak ulama Kufah - iaitu ijma' yang dilakukan oleh ulama-ulama Kufah. Mazhab Hanafi menjadikan ijmak ulama Kufah sebagai salah satu sumber hukum Islam.



QIYAS
• Menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain
kerana persamaan kedua-keduanya dari segi ‘illah.
• Dalil :
“Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang
yang mempunyai pandangan.” (Al-Hasyr : 2)

Dari sudut Bahasa Arab al-Qiyas ialah anggaran dan penyamaan.
Dari sudut istilah al-Qiyas ialah:
Menyamakan cabang dengan asal dalam hukum berdasarkan sebab yang merangkumi kedua-duanya.  

Al-Qiyas (persamaan) adalah salah satu dalil-dalil yang terpancar darinya hukum-hukum Syara'. Ianya telah disahkan sebagai dalil Syara' oleh al-Quran, al-Sunnah dan kata-kata sahabat.

Dalil daripada al-Quran

1- Firman Allah Ta‘ala (al-Syura 42:17)
Maksudnya:  Allahlah yang menurunkan kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan).Al-Mizan (neraca) ialah apa yang digunakan untuk menimbang perkara-perkara dan untuk dibuat ukuran di antaranya.

2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Anbiya 21:104)
Maksudnya: Sebagaimana Kami telah memulakan penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya.

3 - Firman Allah lagi (Fatir 35:9) 
Maksudnya: Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan. Demikianlah kebangkitan itu.Allah Ta‘ala telah menyamakan antara pembangkitan makhluk dengan permulaan penciptaannya dan menyamakan antara penghidupan semula mayat-mayat dengan penghidupan bumi. Inilah yang dinamakan al-Qiyas (penyamaan).

Dalil daripada al-Sunnah:

1- Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menjawab pertanyaan seorang wanita yang bertanyakan tentang berpuasa untuk ibunya selepas ibunya wafat:
 أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ فَقَضَيْتِيهِ أَكَانَ يُؤَدِّي ذَلِكِ عَنْهَا
[قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَصُومِي عَنْ أُمِّكِ.[1
Maksudnya: Apa pandangan kamu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah bayaran kamu akan melangsaikannya? Jawabnya Ya. Sabda Baginda: Maka berpuasalah bagi pihak ibumu.
Di samping itu, sebenarnya semua contoh-contoh dalil dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan dalil untuk  al-Qiyas (penyamaan) kerana ianya mengandungi penyamaan sesuatu perkara dengan perkara yang menyerupainya.

Jenis-jenis al-Qiyas (Penyamaan)
Al-Qiyas terbahagi kepada dua iaitu jelas dan tersembunyi, seperti berikut:
1- Al-Qiyas al-Jali (Jelas)
Al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau al-Ijma' atau sebabnya amat jelas dan pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabangnya.

Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas ialah larangan bersuci dengan darah kering yang najis diqiyaskan kepada larangan bersuci dengan tahi binatang. Sebab hukum asal sabit dengan nas di mana Ibnu Mas’ud telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan membawa dua ketul batu dan tahi binatang supaya digunakan oleh Baginda s.a.w. untuk bersuci. Baginda s.a.w. mengambil dua ketul batu itu dan melemparkan tahi binatang itu seraya berkata:

 هَذَا رِكْسٌ.
Maksudnya: “Ini riks (najis).”

Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-Ijma' ialah Nabi s.a.w. telah melarang seseorang  Qadi daripada menghukum dalam keadaan marah. Qiyas larangan Qadi menghukum dalam keadaan menahan air kecil kepada larangan menghukum dalam keadaan marah adalah merupakan al-Qiyas yang jelas kerana sebab bagi asalnya iaitu fikiran terganggu dan hati tidak tenteram telah sabit dengan al-Ijma'. 

Contoh bagi al-Qiyas yang pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabang ialah larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dipakai. Ini diqiyaskan kepada larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dimakan, kerana adalah jelas bahawa tiada perbezaan antara kedua-duanya.

2. Al-Qiyas al-Khafi (Tersembunyi)
Al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan  al-Istinbat dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara  asal dan cabang.

Contohnya: Pengharaman riba dalam  al-ashnaan diqiyaskan kepada pengharaman riba dalam gandum kerana sebabnya ialah kedua-duanya tergolong dalam perkara yang ditimbang. Sebab ini tidak terdapat dalam nas, ijmak dan bukan sebab yang pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabang. Ini kerana ada kemungkinan dibezakan antara dua benda tersebut bahawa gandum tergolong dalam makanan manakala al-ashnaan tidak. 

Qiyas al-Syabah (Penyamaan seiras)
Terdapat satu  jenis al-Qiyas  yang dinamakan Qiyas al-Syabah (penyamaan seiras).
Maksudnya ialah terdapat satu cabang yang berada di antara dua asal yang berbeza hukum di mana cabang tersebut mempunyai iras dengan setiap satu daripada kedua-dua asal tersebut. Di sini cabang ini digolongkan kepada asal yang paling banyak iras dengannya.

Qiyas al-‘Aks (Penyamaan dari sudut berlawanan)
Terdapat satu  jenis al-Qiyas  yang dinamakan Qiyas al-‘Aks (penyamaan dari sudut berlawanan). Maksudnya ialah penetapan lawan kepada hukum asal untuk cabang kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang itu. dia meletakkannya di dalam urusan yang haram, bukankah dia memperoleh dosa; begitulah halnya sekiranya dia meletakkannya di dalam urusan yang halal, pasti dia memperoleh pahala.”

Di dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. telah menetapkan bagi cabang iaitu persetubuhan yang halal, satu hukum yang merupakan lawan kepada hukum asal iaitu persetubuhan yang haram kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam  cabang. Baginda telah menetapkan pahala bagi cabang kerana ianya adalah persetubuhan halal sebagaimana Baginda s.a.w. menetapkan dosa bagi  asal kerana ianya adalah persetubuhan haram.

No comments:

Post a Comment