
i. Petempatan kekal
- Ciri utama kemunculan tamadun
- kehidupan manusia yang sistematik bagi memastikan bekalan makanan berterusan
- Kemajuan dalam bidang pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
- Mencipta peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk.
ii. Kehidupan Berorganisasi
- Peningkatan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik.
- Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks.
- Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis.

iii. Sistem Pemerintahan
- Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar.
- Pemimpin atau raja menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai pemerintah.
- Sistem perundangan dicipta.
iv. Pengkhususan Pekerjaan
- Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia.
- Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui kepakaran kumpulan tersebut.
- Membawa kepada pertukaran barang (Sistem Barter) yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan.
- Berlaku hubungan dengan tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya berlaku antara masyarakat.
v. Agama dan Kepercayaan
- Mengamalkan kepercayaan Animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.
- Unsur-unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.
- Secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama.
- Tamadun awal mengamalkan Politeisme iaitu kepercayaan menyembah banyak Tuhan.
vi. Bahasa dan Sistem Tulisan
- akibat daripada perkembangan ilmu pengetahuan.
- Antara Bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit.
- contoh tulisan awal ialah;
Contoh Tulisan | |
Heiroglif Tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik, halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. | |
Cuneiform Tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuksimbol yang ditulis pada kepingan tanah liat olehmasyarakat mesopotamia. Sistem tulisan iniberbentuk pepaku yang dihasilkan oleh orang Sumeria. | |
Piktograt Tulisan masyarakat Indus yang masih belum dapatditafsirkan lagi. | |
Histogram Tulisan yang berbentuk simbol/ tulisan orang China yang banyak mengandungi simbol seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. |
KESAN-KESAN KETAMADUNAN
1. Kemajuan teknologi-besi,inovasi peralatan,matawang
2. Sistem pemerintahan dan ekonomi-bina empayar,penggabungan perbandaran berdekatan,peningkatan hasil negara
3. Urbanisasi-pembentukan bandar baru
4. Organisasi sosial-sistem yang tersusun
5. Kepercayaan dan agama-dipengaruhi faktor agama
6. Tulisan dan bahasa-mempunyai sistem yang canggih
7. Budaya dan kesenian- mempengaruhi rakyat
No comments:
Post a Comment